Artikel Terkini

Selepas keluar Bersatu, pemimpin Warisan pertikai status Hajiji jadi KM

Selepas keluar Bersatu, pemimpin Warisan pertikai status Hajiji jadi KM
Selepas keluar Bersatu, pemimpin Warisan pertikai status Hajiji jadi KM 1

Selepas keluar Bersatu, pemimpin Warisan pertikai status Hajiji jadi KM
Pengerusi GRS, Hajiji Noor bersama Perdana Menteri, Anwar Ibrahim dan Armizan Ali yang dilantik menteri hal ehwal Sabah dan Sarawak minggu lalu. (Gambar Facebook)

PETALING JAYA: Timbalan Presiden Warisan, Darell Leiking mempersoalkan kedudukan Hajiji Noor sebagai ketua menteri Sabah susulan tindakan beberapa pemimpin Bersatu Sabah meninggalkan parti itu.

Beliau turut mempersoalkan sama ada Hajiji mempunyai sokongan majoriti di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah, yang kini perlu diuji mengikut perlembagaan negeri.

Menurutnya, empat Ahli Parlimen yang juga ahli Bersatu Sabah perlu mengosongkan kerusi mereka di bawah undang-undang anti-lompat parti, jika mereka keluar parti.

Mereka adalah Armizan Ali (Papar), Khairul Firdaus Akbar Khan (Batu Sapi), Jonathan Yasin (Ranau) dan Matbali Musah (Sipitang) yang semuanya bertanding atas tiket Gabungan Rakyat Sabah (GRS).

Terdahulu, Hajiji mengumumkan beliau dan pemimpin Bersatu Sabah lain meninggalkan parti itu, tetapi kekal sebagai ahli GRS yang diketuainya dan mereka akan menubuhkan parti tempatan baharu.

Bagaimanapun, Leiking menjelaskan mereka semuanya ahli Bersatu, yang diketuai Muhyiddin Yassin, dan peletakan jawatan mereka melanggar undang-undang anti-lompat parti.

Leiking turut mempersoalkan kedudukan Armizan dan Khairul Firdaus yang masing-masing dilantik menteri hal ehwal Sabah dan Sarawak serta timbalan menteri pelancongan, seni dan budaya.

“Sekiranya terdapat sebarang kekaburan, ini mesti dijelaskan, jika tidak keseluruhan proses dalam menggubal undang-undang anti-lompat parti tiada gunanya.”

Beliau berkata, Hajiji kini tidak mempunyai parti dan kedudukannya tidak jelas selepas meninggalkan Bersatu.

“Bukankah beliau patut kembali ke DUN untuk menguji majoritinya?” kata Leiking.

Beliau juga mencadangkan Yang di-Pertua Sabah, Juhar Mahiruddin menarik balik pelantikan Hajiji dan meminta semua ADUN menyuarakan pendirian mereka.

GRS menyokong kerajaan persekutuan pimpinan Anwar Ibrahim. Bagaimanapun, Bersatu yang menganggotai Perikatan Nasional (PN) menjadi pembangkang di Parlimen.

GRS ditubuhkan selepas pilihan raya negeri pada 2020 yang dianggotai Bersatu Sabah, Parti Solidariti Tanah Airku (STAR), Parti Bersatu Sabah (PBS), Parti Progresif Sabah (SAPP) dan Pertubuhan Kebangsaan Sabah Bersatu (Usno).

GRS dan Barisan Nasional Sabah membentuk kerajaan negeri yang memiliki 38 daripada 73 kerusi DUN, di mana 15 daripadanya dimenangi GRS, BN (14) dan PBS (7).

FMT cuba menghubungi pegawai Hajiji untuk mengulas.


Selepas keluar Bersatu, pemimpin Warisan pertikai status Hajiji jadi KM 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo