Berita

‘Semoga mak terus kuat dan kuat’ – Ali Puteh

'Semoga mak terus kuat dan kuat' - Ali Puteh 2

Kuala Lumpur: Pelakon komedi dan pelawak Ali Puteh, 31, terus berdoa dan mengharapkan ibunya Sabariah Arshad, 63, yang kini masih menerima rawatan di Hospital Selayang tetap kuat dan segera diberi kesembuhan oleh Allah SWT daripada penyakit dihidapi.

Ali atau nama sebenarnya Syed Ali Mubarak Syed Mohd Ridzuan menerusi perkongsian di Instagram pada Jumaat lalu, memaklumkan ibunya yang berada di hospital masih belum dibenarkan melawat.

“Semoga mak terus kuat dan kuat. Kami sentiasa mendoakan, semoga dipermudahkan urusan, doakan angah,” tulisnya.

Terdahulu, menerusi perkongsian di Instagram juga, Ali meluahkan perasaan rindunya terhadap dua insan tersayang iaitu ibu, Sabariah serta abangnya, Allahyarham Abam Bocey.

 “Rindu saat ni, mak masih di hospital sekarang dan masih belum sedar dari tidur. Doakan semoga mak sembuh. Tak ada apa yang mampu, selain doa untuk mak kembali pulih.

“Kami belum dibenarkan melawat mak. Hampir 11 bulan dah abang pergi. Tengok gambar ini, terasa macam baru semalam kami semua bersama,” tulisnya.

Allahyarham Abam atau nama sebenarnya Syed Umar Mokhtar Syed Ahmad Ridzuan, 32, meninggal dunia pada 10 Februari lalu di kedimannya di Gombak, Selangor.

Menurut Ali lagi, begitu kuat ujian Allah SWT buat dia dan keluarga. Ujarnya, dia tetap percaya Allah uji tanda sayang dan terus istiqomah kepada-Nya.

Sekitar seminggu yang  lalu, Ali menerusi muat naik di Instagram berkongsi berita ibunya, Sabariah dikejarkan ke bahagian kecemasan Hospital Selayang disebabkan serangan asma yang teruk pada 17 Disember lalu.

Mengenai perkembangan karier seninya, Ali bukan hanya aktif berlakon tetapi kini turut bersaing dalam pertandingan Muzikal Lawak Superstar (MLS) musim kedua bersama Mamak Puteh dan Roy Azman mewakili kumpulan Viral.

'Semoga mak terus kuat dan kuat' - Ali Puteh 2
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source link
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo