Artikel Terkini

Seorang anggota APM cedera sewaktu operasi SAR tanah runtuh Batang Kali

Seorang anggota APM cedera sewaktu operasi SAR tanah runtuh Batang Kali
Seorang anggota APM cedera sewaktu operasi SAR tanah runtuh Batang Kali 1

BATANG KALI – Seorang anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Selangor yang turut serta dalam operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa tanah runtuh di sini, mengalami kecederaan dan kini sedang menerima rawatan.

APM Selangor dalam kenyataan malam ini memaklumkan Prebet (PA) Erzvicly Fazikhan Zakariah cedera ringan di bahagian lutut, setelah terjatuh ke dalam tanah berselut.

“Erzvicly Fazikhan mengalami kecederaan itu sewaktu menarik keluar kakinya, kerana terjatuh ke dalam selut.

“Tahap kesihatan anggota amat dititikberatkan ketika menjalankan tugas atau sebarang operasi,” menurut kenyataan itu.

APM merupakan antara lima agensi penyelamat terlibat dalam operasi SAR mangsa tanah runtuh di tapak perkhemahan Father’s Organic Farm, Gohtong Jaya di sini selain Polis Diraja Malaysia, Angkatan Tentera Malaysia dan Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART).

Operasi SAR yang sudah memasuki hari keempat itu diketuai Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, dengan sehingga kini 24 mangsa disahkan terkorban, manakala sembilan lagi masih hilang daripada keseluruhan 94 mangsa yang terlibat. – Bernama

Seorang anggota APM cedera sewaktu operasi SAR tanah runtuh Batang Kali 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo