Infotainment

Seres SF5 Ialah Kereta Elektrik Pertama Dengan Teknologi Dari Huawei

Seres SF5 Ialah Kereta Elektrik Pertama Dengan Teknologi Dari Huawei 2

Dengan masa depan perniagaan telefon mudah dan telekomunikasi mereka terjejas akibat perang perdagangan, Huawei perlu pantas mencari peluang perniagaan lain bagi meneruskan kelangsungan perniagaan. Hari ini mereka telahpun mengumumkan pembangunan beberapa kelengkapan pintar untuk kereta elektrik dan kenderaan pertama yang dilancarkan ialah Seres SF5.

Seres SF5 ialah sebuah SUV elektrik hidrid (PHEV). Huawei bekerjasama dengan Seres, sebuah syarikat kenderaan elektrik tunas rintis yang ditubuhkan oleh bekas kakitangan Tesla yang kini dimiliki oleh Chongqing Sokon Industry Group. Hampir tiga lalu Seres SF5 telah diperlihatkan sebagai kenderaan konsep sebelum awal tahun ini mereka mengumumkan kerjasama dengan Huawei. Pelancarannya hari ini mendedahkan sejauh manakah penglibatan Huawei dalam kenderaan ini dan ia sebenarnya agak besar.

Seres SF5 menggunakan sistem kuasa Huawei DriveONE, sistem hiburan pintar Huawei HiCar dan sistem audio Huawei Sound. Dua motor elektrik di depan dan belakang membekalkan output kuasa 405 kW dan tork 820 Nm. Ini membolehkan SF5 memecut ke 100 kilometer sejam dalam masa 4.68 saat. Dalam kuasa bateri sahaja SF5 boleh bergerak sehingga 180 kilometer sahaja. Tetapi dengan enjin petrol 1.5L empat silinder yang juga disertakan, kenderaan boleh beroperasi sehingga 1000 kilometer.

Seres SF5 Ialah Kereta Elektrik Pertama Dengan Teknologi Dari Huawei 4

Seres SF5 turut dilengkapi radar gelombang milimeter, radar ultrasonik dan kamera bagi menyokong sistem swapandu Tahap 2. Dengan ini ia lebih selesa dipandu ketika tersekat di dalam kesesakan jalan raya kerana boleh membrek, mengawal jarak dan amaran kemalangan secara terbina.

Seres SF5 Ialah Kereta Elektrik Pertama Dengan Teknologi Dari Huawei 5

Sistem hiburan dan kawalan kenderaan adalah menggunakan Huawei HiCar. Sebuah skrin besar diletakkan di bahagian tengah yang boleh mengawal sistem pendingin hawa, hiburan, navigasi dan juga rumah pintar terus dari kereta. Sistem audio Huawei Sound boleh hadir dengan 11 pemandu audio untuk penawaran bunyi yang terbaik.

Di China Seres Huawei Smart Selection SF3 akan dijual oleh Huawei menerusi portal mereka sendiri dengan harga dilaporkan bermula dari RMB 216,800 (~RM138,000) sebuah.

Seres SF5 Ialah Kereta Elektrik Pertama Dengan Teknologi Dari Huawei 2
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source link
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo