Berita

‘Sering teringat kakak, dua rakan maut terhidu gas karbon monoksida’

'Sering teringat kakak, dua rakan maut terhidu gas karbon monoksida' 2

Yan: “Saya tak boleh duduk seorang diri, kena duduk dengan kawan atau ahli keluarga sebab akan teringatkan mereka kalau duduk seorang,” kata Nur Aqilah Mohd Safwan.

Nur Aqilah, 21, satu-satunya mangsa terselamat dalam kejadian tiga mangsa meninggal dunia akiat terhidu gas karbon monoksida pada 16 September lalu.

Hari ini, genap 100 hari pemergian tiga sahabat karib, Sharifah Fariesha Syed Fathi, Ayuni Shazwani Shabri dan Nur Adilah Mohd Safwan masing-masing berusia 21 tahun.

Salah seorang daripada tiga mangsa itu adalah kembar Nur Aqilah iaitu kakaknya, Nur Adilah, 21, yang turut meninggal dunia dalam kejadian pada 1 pagi itu.

Menurut Nur Aqilah, dia sukar untuk melupakan kenangan bersama kembarnya dan dua sahabat karibnya itu, namun akan cuba melupakan kejadian pahit itu,.

“Dulu saya tak suka pakai baju kakak (Nur Adilah) tapi sekarang saya banyak pakai baju arwah bila teringatkan dia.

“Saya akan meneruskan perniagaan secara dalam talian serta kedai menjual pakaian terpakai diusahakan arwah kakak sebelum ini walaupun saya berhasrat untuk menyambung pengajian tidak lama lagi,” katanya ketika ditemui di rumah neneknya di Kampung Setar, di sini, semalam.

Nur Aqilah berkata, arwah kakaknya sebelum ini bercadang untuk membuka sebuah lagi cawangan kedai pakaian terpakai, namun tidak kesampaian akibat tragedi itu.

Mengimbas tragedi itu, katanya, pada hari kejadian, mereka singgah untuk makan makanan segera dan minuman di stesen minyak di tempat kejadian.

“Tidak sampai 10 minit kemudian, saya tak sedarkan diri dan hanya sedar ketika berada di hospital.

“Saya bermimpi kakak kata saya pengsan di pulau dan apabila saya terbangun, saya tanya adik, kakak pergi mana, balik dah ka….adik kata kakak duduk di rumah.

“Saya dan arwah kakak memang tak pernah berpisah sejak kecil dan tak sangka dia pergi dulu namun saya dan keluarga reda dengan pemergiannya,” katanya.

Sementara itu, bapanya, Mohd Safwan Yaacob, 47, berharap warganet supaya menghormati keluarganya dan tidak mengeluarkan cerita tidak benar mengenai kejadian itu.

Katanya, selama tiga bulan mereka sekeluarga terpaksa menolak untuk bertemu dengan sesiapa yang bertanyakan berkaitan tragedi menimpa anaknya itu.

“Saya bimbang maklumat kami kongsi disalah tafsir dan mengundang banyak spekulasi sehingga dikongsi ramai pihak di media sosial.

“Sedekahkan al Fatihah buat mereka sudah cukup dan kami sudah terima ketentuan Allah sejak mula kejadian berlaku,” katanya.

Mohd Safwan berkata, walaupun kejadian itu berlaku tiga bulan lalu, ada kalanya dia dan isteri, Normawati Md Isa, 47, tersasul memanggil Nur Aqilah dengan nama Nur Adilah.

Katanya, mereka kembar seiras dan wajah mereka sama cuma membezakan mereka adalah tahi lalat di muka.

“Namun saya reda dengan pemergian anak saya, ” katanya yang mempunyai seorang lagi anak lelaki berusia lapan tahun.

Dalam kejadian 1 pagi 16 September lalu, empat sahabata itu berhenti rehat di stesen minyak berkenaan sebelum meneruskan perjalanan pulang ke rumah dekat Sungai Petani dan Gurun, Kedah.

Empat mangsa yang belajar di sebuah kolej kejururawatan dekat Batu Caves berhenti rehat sebelum ditemui tidak sedarkan diri akibat terhidu karbon monoksida.

Sharifah Fariesha ditemui maut di lokasi kejadian manakala Ayuni Shazwanie meninggal dunia dalam perjalanan menerima rawatan di Hospital Seberang Jaya (HSJ) dan Nur Adilah meninggal dunia ketika mendapat rawatan di Hospital Angkatan Tentera Lumut, Perak.

Nur Aqilah yang terselamat kemudian dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Angkatan Tentera Tunku Mizan Zainal Abidin, Kuala Lumpur.

'Sering teringat kakak, dua rakan maut terhidu gas karbon monoksida' 2
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source link
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo