Infotainment

Seronoknya Berbelanja Bila Dah Berzakat, Tenang Dan Puas Hati!

Seronoknya Berbelanja Bila Dah Berzakat, Tenang Dan Puas Hati!
Seronoknya Berbelanja Bila Dah Berzakat, Tenang Dan Puas Hati! 1

Adat manusia bila berbelanja memang akan teliti sehabis mungkin barang yang ingin dibeli. Lagi-lagi bila bonus masuk, bukan biasa-biasa barang yang dibeli, boleh dikatakan barangan berjenama menjadi keutamaan.

Maklum lah, bila dah penat bekerja, shopping dikatakan sebagai reward buat diri sendiri. Jadi tak mustahil barangan yang mahal akan menjadi perhatian. Tapi sebelum korang berlanja sakan tu,  korang dah bayar zakat harta?

Ingat! Apa yang kita miliki hari ini adalah pinjaman semata-mata daripadaNya. Jadi untuk mendapat keredhaanNya dalam setiap rezeki yang mengalir, jangan sesekali korang lupa untuk membayar zakat harta.

Bagi yang belum pernah membayar zakat harta,  korang wajib baca sampai habis.

Apa Syarat Wajib Untuk Membayar Zakat Harta?

Seronoknya Berbelanja Bila Dah Berzakat, Tenang Dan Puas Hati! 2

Zakat harta ialah zakat yang merangkumi Zakat Pendapatan, Zakat Perniagaan, Zakat Wang Simpanan, Zakat Emas & Perak, Zakat Pelaburan & Saham, Zakat KWSP, Zakat Tanaman Padi, Zakat Penternakan, Zakat Takaful, Zakat Harta Galian dan Harta Karun.

Jika korang menerima salah satu sumber ini korang wajib bayar zakat harta. Tetapi untuk membayar zakat harta juga ada syaratnya.

Antara yang wajib membayar zakat harta adalah seseorang itu harus lah beragama Islam dan merdeka yang bermaksud tidak wajib zakat ke atas orang kafir serta ke atas hamba. Syarat kedua adalah pemilikan penuh dimana harta yang boleh digunakan tanpa apa-apa halangan atau bukan harta dikongsi.

Seterusnya, harta yang dimilik itu haruslah cukup nisab yang sudah ditetapkan iaitu sejumlah harta yang mencapai nilai yang diwajibkan untuk berzakat. Terakhir, harta yang dimiliki itu juga harus cukup haul (setahun Qamariah) iaitu genap setahun harta itu berada dalam simpanannya. (Rujuk al-Fiqh al-Manhaji – 2/8, Rujuk Kifayatul al-Akhyar – 1/169)

Jika syarat-syarat ini ada pada korang, ini menjadikan korang wajib untuk membayar zakat harta.

Bagaimana Pula Cara Untuk Bayar?

Seronoknya Berbelanja Bila Dah Berzakat, Tenang Dan Puas Hati! 3

Kami yakin bagi yang belum pernah membayar zakat harta korang mesti tertanya-tanya bagaimana cara untuk bayar zakat harta dan pengiraannya. Jangan risau, zaman serba maju kini semuanya dihujung jari termasuk cara untuk membayar zakat.

Buat yang tinggal sekitar Selangor korang sangat bertuah kerana Lembaga Zakat Selangor sekarang menyediakan aplikasi LZS yang membolehkan untuk korang membayar dan mengira zakat yang perlu dibayar. Jadi, dengan kaedah ini tiada sebab untuk korang tertinggal mahupun terlupa membayar zakat harta.

Lembaga Zakat Selangor telah menyediakan aplikasi yang membolehkan korang untuk mengira kadar zakat secara spesifik dengan hanya menggunakan kalkulator di aplikasi LZS.

Seronoknya Berbelanja Bila Dah Berzakat, Tenang Dan Puas Hati! 4

Kalau korang nak tahu, aplikasi LZS ini menyediakan pilihan taksir yang merupakan kalkulator pengiraan zakat, bayaran secara online, semakan online dan juga profil korang sebagai pembayar zakat di Selangor. Takkan korang nak lepaskan peluang mencari keberkatan Allah secara hanya di hujung jari ini.

Perkongsian Menarik Di Sembang LZS

Seronoknya Berbelanja Bila Dah Berzakat, Tenang Dan Puas Hati! 5

Jangan tak tahu, LZS juga turut menyediakan ruangan bicara dengan seribu satu soalan menarik dalam Sembang LZS.

Sembang LZS adalah sebuah rancangan terbitan Lembaga Zakat Selangor di mana program ini membincangkan isu dan topik hangat berkaitan zakat yang bakal memberi pencerahan dan maklumat terkini untuk korang.

Menariknya, Sembang LZS juga menjemput beberapa orang panel setiap episod. Di mana setiap episod menampilkan panel yang berbeza. Siaran Sembang LZS akan ditayangkan di Facebook Lembaga Zakat Selangor. Jadi jangan lepaskan peluang ini untuk korang yang ingin mendapatkan info terkini mengenai zakat.

Maklumat lanjut layari laman rasmi Zakat Selangor.


Seronoknya Berbelanja Bila Dah Berzakat, Tenang Dan Puas Hati! 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo

Back to list