Infotainment

”Seseorang’ selamatkan UMNO daripada diharamkan’

”Seseorang’ selamatkan UMNO daripada diharamkan’
''Seseorang' selamatkan UMNO daripada diharamkan' 1

PETALING JAYA: Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi mendedahkan, cubaan untuk mengharamkan parti itu tidak menjadi kenyataan kerana ‘diselamatkan’ oleh seseorang.

Katanya, beliau telah memaklumkan dari awal bahawa matlamat penubuhan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu)  jelas secara tersurat dan tersirat adalah untuk membunuh UMNO.

“Matlamat ini jauh dari sasaran mereka pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15). Saya berharap ini akan membawa kesedaran kepada rakyat khususnya ahli-ahli akar umbi bahawa tujuan halus mereka ditolak oleh ahli-ahli UMNO.

“Matlamat mereka sebenarnya jauh daripada itu, ini kerana apabila buat pertama kalinya seseorang menjadi Menteri Dalam Negeri, sudah ada surat untuk membatalkan UMNO.

“Namun, kami mengucapkan terima kasih kepada ‘seseorang’ yang sanggup membatalkan hasrat tersebut,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri sambutan ulangtahun ke-10 Persatuan Usahwan Wanita Cina Malaysia (WCWEA) di sini, malam ini.

Beliau berkata demikian sebagai reaksi kepada kenyataan Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Pahang, Datuk Seri Saifuddin Abdullah bahawa matlamat dan objektif penubuhan Bersatu untuk menggantikan UMNO tercapai, selepas memperoleh kemenangan 70 daripada 112 kerusi majoriti Melayu pada PRU15.

Bagaimanapun, Ahmad Zahid yang juga Timbalan Perdana Menteri tidak mendedahkan identiti sebenar ‘seseorang’ yang beliau maksudkan itu.

Sementara itu, ditanya mengenai usul jawatan presiden dan timbalan presiden UMNO tidak harus dipertanding dalam Pemilihan Agung UMNO yang dibuat oleh Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Md. Yunos, beliau berkata, itu pendapat peribadinya tetapi pihaknya menerima apa sahaja usul yang dapat memperkukuh parti berkenaan.

Katanya, semua aspek akan dikaji tetapi yang paling penting adalah merapatkan saf kepimpinan setelah terkena pukulan hebat pada PRU15. – UTUSAN


''Seseorang' selamatkan UMNO daripada diharamkan' 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo