Artikel Terkini

Setia Alamsari Tawar Kediaman dalam Taman

Setia Alamsari Tawar Kediaman dalam Taman 2

Kediaman berkonsepkan alam semula jadi yang dibangunkan oleh pemaju S P Setia ini membuka mata ramai yang ingin kediaman yang tenang untuk ahli keluarga tercinta. Jauh dari hiruk pikuk kota yang sering sibuk tanpa mengenal masa. S P Setia mewujudkan satu kawasan perumahan yang cukup sempurna.

Baru-baru ini prebiu CARESSA kediaman jenis kluster dua tingkat yang berkeluasan 32’x 65’ telah mendapat sambutan yang cukup hangat. Sebagai mana yang kita tahu sebelum ini Alamsari di miliki oleh I&P Group, kini telah diambil alih sepenuhnya oleh S P Setia dengan penjenamaan baru iaitu Setia Alamsari. Setia Alamsari boleh dikatakan sebagai perbandaran terbesar di Kajang.

Setia Alamsari Tawar Kediaman dalam Taman 3

Setia Alamsari adalah perbandaran pegangan bebas berkeluasan 775 ekar yang memenuhi pelbagai keperluan. Kedudukannya sangat strategik terletak hanya 5 minit dari Universiti Kebangsaan Malaysia dan mudah diakses melalui tiga lebuh raya utama iaitu Lebuhraya Seremban-Kuala Lumpur, Lebuhraya Kajang Silk dan Lebuhraya Kajang-Seremban (LEKAS).

CARESSA menawarkan rumah kluster dua tingkat yang berkeluasan daripada 1,965 kaki persegi sehingga 2,022 kaki persegi dengan keseluruhan saiz tanah 32’ x 65’. Caressa dilengkapi empat bilik tidur dan empat bilik air dengan lebihan tanah tepi 10 kaki untuk kegunaan ruang bagi seisi keluarga. Menarik bukan?

Setia Alamsari Tawar Kediaman dalam Taman 4

 

Setia Alamsari Tawar Kediaman dalam Taman 5

Kediaman ini amat sesuai untuk samada pembeli rumah kali pertama, golongan belia atau yang ingin menaik taraf kepada rumah berkeluasan lebih besar. S P Setia berharap lebih banyak pembeli akan memilih untuk mendiami di Setia Alamsari memandangkan lokasi strategik dan dikelilingi banyak kemudahan asas di sekitar Kajang, Bangi dan Semenyih.

Bukan sekadar rumah yang cantik dihidangkan kepada pembeli, malahan Setia Alamsari adalah perbandaran yang dilengkapi lapan konsep taman, masing-masing mempunyai pendekatan reka bentuk landskap khas dan berbeza.

Setia Alamsari Tawar Kediaman dalam Taman 6

Lapan konsep taman tersebut adalah Canopy Park, Nest of Dream, Lake of Reflection, Spring Meadows, Casablanca Park, Garden of Lights, Serenity Pathway dan Field of Happiness.

Setia Alamsari Tawar Kediaman dalam Taman 7

Jika anda berminat untuk memulakan pelaburan hartanah yang terbaik untuk masa depan anda dan keluarga bolehlah kunjungi rumah contoh yang tersedia di Setia Alamsari Welcome Centre.

Layari laman web S P Setia atau menghubungi kakitangan jualan di talian 03-87362255 untuk mengetahui lebih lanjut tentang projek terbaru mereka.

Setia Alamsari Tawar Kediaman dalam Taman 2
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source link