Berita

‘Setiap kali kejadian lemas berlaku, hati saya menangis’

'Setiap kali kejadian lemas berlaku, hati saya menangis' 2

Marang: “Setiap kali berlaku kejadian lemas, hati saya akan menangis,” kata Farimah Ibrahim yang kehilangan suaminya selepas dikhuatiri lemas kira-kira tiga tahun lalu dan hingga kini jasadnya masih belum ditemui.

Suaminya, Zakaria Omar, 58, seorang nelayan dipercayai lemas ketika menangkap ikan di kawasan Pantai Jambu Bongkok pada 12 Ogos 2017.

Farimah, 53, berkata, suaminya itu dipercayai terjatuh ke laut dan bot gentian kaca milik Zakaria ditemui penduduk di pesisir pantai kira-kira lapan kilometer dari pengkalan Jambu Bongkok pada hari yang sama.

“Sejak kehilangan suami, saya tak boleh dengar berita orang lemas, saya akan sedih dan pasti teringatkan arwah suami.

“Walaupun sudah lama hilang, saya masih teringat suami dan ketika bersedih pakaian arwah akan menjadi tempat saya melepaskan rindu,” katanya.

Menurutnya, setiap malam Jumaat saya akan membacakan surah Yasin dan sentiasa berdoa untuk berjumpa dengannya di akhirat nanti

Katanya, walaupun kesedihan terhadap suaminya masih belum hilang, dia sekali lagi diuji apabila anaknya, Nurul Hazrina, 23, dijemput Ilahi akibat pada April tahun lalu.

“Besar ujian Ilahi terhadap saya, hilang dua insan tersayang namun saya reda dan sabar menghadapi ujian itu, “katanya.

Menurutnya, sejak kehilangan suaminya itu, dia tidak pernah ke pantai kerana pasti akan menangis teringatkan suaminya itu.

“Bot gentian kaca milik suami saya tidak jual kerana akan dijadikan sebagai kenangan kami berdua.

“Banyak kenangan bersama suami, dia sangat baik. sepanjang 30 tahun hidup bersamanya dia tidak pernah memarahi saya termasuk memukul anak-anak,” katanya.

Farimah berkata, dia turut bersedih dengan kejadian yang menimpa mangsa lemas, Wan Nashaifudin Wan Latif, 48, yang ditarik ombak ketika mandi berhampiran rumahnya.

“Syukur pada Ilahi mayatnya berjaya ditemukan dan saya berharap kepada ahli keluarga mangsa supaya tabah menghadapi ujian itu,” katanya.

'Setiap kali kejadian lemas berlaku, hati saya menangis' 2
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source link
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo