Infotainment

Setuju Soal Pelakon Perlu 1 Juta Pengikut, Mustaqim Bahadon Tak Letak Harapan Tinggi Jadi Hero Drama

Setuju Soal Pelakon Perlu 1 Juta Pengikut, Mustaqim Bahadon Tak Letak Harapan Tinggi Jadi Hero Drama 1

Aktor Mustaqim Bahadon baru-baru ini tampil mengulas isu syarat yang diletakkan stesen televisyen untuk mengambil pelakon yang mempunyai sejuta pengikut di media sosial.

Mustaqim Bahadon

Ujar Mustaqim, pihak stesen televisyen mungkin mempunyai alasan yang tersendiri terutamanya dalam aspek rangka promosi drama terbitan pihak produksi di media sosial mereka agar lebih sampai kepada penonton.

Namun begitu, dia juga mempersoalkan sama ada strategi itu benar-benar berkesan dalam meraih rating tinggi dalam sesebuah drama yang ke udara.

Saya setuju dengan kehendak stesen TV yang meletakkan syarat pelakon memiliki sejuta pengikut di laman sosial menghiasi drama atau projek. Saya pun akur dengan kehendak tersebut. Bagi saya, mungkin jutaan pengikut di media sosial akan membantu mempromosikan sesuatu karya itu.

Tapi sejauh mana keberkesanan terhadap sesebuah cerita? Adakah penonton nak tengok pelakon jutaan pengikut atau jalan cerita?

Dalam pada itu, Mustaqim berkata dia tidak pernah berkecil hati apabila tidak pernah ditawarkan sebagai watak utama memandangkan pengikut media sosialnya hanyalah sebanyak 294,000.

Jelasnya, apa yang diharapkan adalah dia mampu melakonkan watak yang diberikan dengan baik can cemerlang.

Terdahulu, pemilik syarikat produksi Zeel Productions iaitu Haji Zeel mendedahkan bahawa terdapat stesen TV telah meletakkan syarat pengambilan pelakon haruslah memiliki sejuta pengikut di media sosial Instagram jika ingin membawa watak utama.

Ia sekaligus mengundang pelbagai respon daripada penggiat seni seperti pelakon Namron dan ramai lagi.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.


Setuju Soal Pelakon Perlu 1 Juta Pengikut, Mustaqim Bahadon Tak Letak Harapan Tinggi Jadi Hero Drama 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo