Infotainment

Shuib Akui Sedang Kenal Hati Budi Seseorang

Shuib Akui Sedang Kenal Hati Budi Seseorang
Shuib Akui Sedang Kenal Hati Budi Seseorang 1

Genap setahun bergelar bapa tunggal kepada empat cahaya mata, pelawak dan usahawan popular, Shuib Sepahtu mengakui dirinya kini sedang mengenal hati budi seseorang.

Menerusi temu bual bersama Melodi yang disiarkan semalam, Shuib mengakui takut untuk bercakap soal jodoh apatah lagi mereka masih dalam proses berkenalan. 

BACA: Wan Sharmila Tak Rimas Dijodohkan Dengan Shuib

“Secara jujurnya, saya ada mengenali hati seseorang, Insya-Allah. Saya tak berani nak komen bila akan berkahwin sebab jodoh, ajal dan pertemuan ini di tangan Tuhan. Saya takut betul nak bercakap mengenai ini (jodoh) sebenarnya.

“Kalau ada (jodoh) saya beritahu, kalau tak ada saya diam-diam sahaja,” katanya.

Dalam pada itu, Shuib mendedahkan wanita tersebut hanya orang biasa dan bukan dalam kalangan industri seni.

“Dia orang biasa-biasa sahaja. Dia pilihan ibu saya,” katanya.

Terdahulu, Shuib pernah dikaitkan dengan pelakon Zara Zya dan Wan Sharmila. Namun, Shuib menjelaskan mereka hanya rakan industri sahaja.


Shuib Akui Sedang Kenal Hati Budi Seseorang 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo

Back to list