Infotainment

Shuib Akui Tak Pandai Manjakan Siti Sarah, Terkenang Memori Ketika Awal Tahun Perkahwinan

Shuib Akui Tak Pandai Manjakan Siti Sarah, Terkenang Memori Ketika Awal Tahun Perkahwinan 1

Pelawak dan juga usahawan, Shuib Sepahtu baru-baru ini telah menjadi jemputan dalam rancangan temu bual popular, Wanita Hari Ini pada hari Selasa yang lalu.

Ayash Affan

Shuib atau nama sebenarnya,Shahmira Muhammad telah dijemput bagi membincangkan topik ‘Manjakan Isteri Ikut Rasullulah’ bersama-sama penonton di rumah bersempena sambutan hari Maulidur Rasul 1443 Hijrah.

Dia yang dihubungi hos rancangan tersebut secara maya mengakui berasa sangat janggal dan terpaksa ketika ingin memanjakan isteri tersayang, Allahyarhamah Siti Sarah Raisuddin ketika fasa awal perkahwinan.

Saya ni kalau nak cerita di awal fasa perkahwinan, orang nampak macam saya yang memanjakan dia tapi sebenarnya pada awalnya saya merasakan macam saya terpaksa memanjakan dia sebab di awal perkahwinan tu saya rasa manja dia tu macam lain sangat.

Sebagai seorang lelaki budak kampung, saya rasa tak tahu macam mana nak manjakan dia dan lagi satu saya ni anak tunggal jadi saya dah biasa bersendirian, keluarga itu tidak besar jadi bermanja-manja tu kurang dalam keluarga saya.

Pengusaha minuman dengan jenama Bubble Bee ini berkata bahawa dia cuba untuk memahami sifat isterinya itu yang luar biasa manja dan akhirnya terbiasa.

Tambahnya lagi, lelaki yang bergelar suami haruslah memanjakan isteri kerana ia dapat melahirkan keikhlasan dan mengeratkan lagi hubungan suami isteri.

Sekadar info, Shuib dan Siti Sarah telah mendirikan rumah tangga pada 26 Februari 2011 yang lalu. Hasil perkongsian hidup, pasangan ini dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu Uwais Alqarni,9, Dzahira Talita Zahra,6, Ariq Matin,4, dan Ayash Affan.

Namun, pada 9 Ogos lalu, Siti Sarah telah menghembuskan nafas terakhir akibat dijangkiti wabak COVID-19. Allahyarhamah juga terpaksa menjalani pembedahan bagi mengeluarkan bayi dalam kandungan pada 5 Ogos sebelum meninggal dunia.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.


Shuib Akui Tak Pandai Manjakan Siti Sarah, Terkenang Memori Ketika Awal Tahun Perkahwinan 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo