Infotainment

Siap Penumpang Penuh, Bekas Pemandu ‘Rally’ Lenjan Pula Perodua Alza 2022 Naik Genting Highlands

Siap Penumpang Penuh, Bekas Pemandu ‘Rally’ Lenjan Pula Perodua Alza 2022 Naik Genting Highlands
Siap Penumpang Penuh, Bekas Pemandu 'Rally' Lenjan Pula Perodua Alza 2022 Naik Genting Highlands 1

Follow VOCKET di Telegram untuk isu isu viral terkini

Setiap kali ada kenderaan baharu dilancarkan di Malaysia, Genting Highlands pasti menjadi ‘lokasi wajib’ untuk menguji kemampuan  kenderaan berkenaan memanjat kawasan berbukit setinggi 1,865 meter itu.

Terbaharu, pemilik pertama Perodua Alza 2022, ‘Abang Gan’ daripada portal PanduLaju telah menunaikan permintaan orang ramai yang memintanya memandu MPV baharu itu menaiki Genting Highlands dengan seorang ‘tetamu istimewa’ — YS Khong, salah seorang figura automotif tempatan dan bekas pemandu rali profesional.

Dalam video berkenaan Perodua Alza serba baharu itu dimuatkan dengan kapasiti penuh seramai 6 orang. Walaupun berat kenderaan bertambah, namun ‘Uncle YS Khong’ tenang memandu MPV tersebut dengan cekap dan profesional hasil pengalamannya sebagai Juara Rali Malaysia 5-Kali.

Perkongsian video itu telah mendapat pujian dan ucapan terima kasih daripada warganet yang sudah lama ternanti-nantikan ‘jawapan’ sama ada Perodua Alza 2022 larat untuk menaiki Genting Highlands.

Siap Penumpang Penuh, Bekas Pemandu 'Rally' Lenjan Pula Perodua Alza 2022 Naik Genting Highlands 3

Sumber Gambar: YouTube Pandu Laju

Siap Penumpang Penuh, Bekas Pemandu 'Rally' Lenjan Pula Perodua Alza 2022 Naik Genting Highlands 4

Sumber Gambar: YouTube Pandu Laju

Siap Penumpang Penuh, Bekas Pemandu 'Rally' Lenjan Pula Perodua Alza 2022 Naik Genting Highlands 5

Sumber Gambar: YouTube Pandu Laju

Semua persoalan anda mengenai Perodua Alza 2022 hampir terjawab di dalam video berdurasi hampir 18 minit itu. Anda boleh tonton penuh video tersebut yang kami kongsikan di atas.

Pelbagai tips dan pesanan yang dikongsikan oleh ‘Uncle YS Khong’ dan ‘Abang Gan’ kongsikan sepanjang perjalanan pandu uji mereka menaiki Genting Highlands.

Paling penting sekali kata mereka berdua, sentiasa memandu secara bersopan dan berhemah kerana kita berkongsi laluan yang sama dengan pengguna jalan raya lain.

* Ikuti VOCKET CAR CLUB melalui Facebook dan Instagram untuk ketahui perkembangan dan isu semasa automotif dari dalam dan luar negara.

Sebelum ini YS Khong pernah ‘lenjan’ Perodua Ativa dan Proton Saga dengan penuh bergaya. Tonton video-video berkenaan melalui pautan di bawah.

Lihat Bekas Pemandu ‘Rally’ Lenjan Perodua Ativa Naik Genting Highlands

Tonton Lelaki Ini ‘Lenjan’ Proton Saga 2019 Naik Genting Highlands

‘Ini Barulah Presiden Kelab Sebenar’ – Pemilik Pertama Perodua Alza 2022 Raih Perhatian Netizen


Siap Penumpang Penuh, Bekas Pemandu 'Rally' Lenjan Pula Perodua Alza 2022 Naik Genting Highlands 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo

Back to list