Berita

Siapa ‘songlap’ harta Maradona? | Harian Metro

Siapa 'songlap' harta Maradona? | Harian Metro 2

London: Kekayaan Diego Maradona telah dirompak dan anaknya kini hanya berusaha mendapatkan harta kurang daripada £5 juta (RM28 juta), dakwa peguam.

Ikon bola sepak itu memberitahu rakan rapat sebelum kematiannya, dia mempunyai kekayaan sekitar £75 juta (RM421 juta).

Tetapi sejak kematiannya, jumlah yang lesap mungkin lebih 15 kali ganda daripada wang tunai dan aset yang dimasukkan dalam wasiatnya seperti yang terbongkar semalam.

Pada Ahad lalu, peguam yang mewakili anak bongsu Maradona, Diego Fernando ketika mendedahkan kedudukan kewangan legenda itu mengakui terdapat mereka yang mempunyai kepentingan peribadi telah mencuri kekayaan Maradona.

Mario Baudry berkata: ”Ada yang berkata ia £75 juta tetapi hanya £4 juta (RM22 juta) sahaja yang tinggal dalam akaun bank bersama sebuah apartmen kecil, rumah lama yang diduduki Diego dan dua kereta.

“Diego mendapat banyak wang tetapi masalahnya dia tidak memilikinya. Laporan perbelanjaan tidak dikeluarkan jadi kami tak tahu. Mungkin dia sendiri berbelanja atau orang lain dan sama ada ia di tempat lain, kami tak tahu.”

Mengenai dakwaan peti besi di rumah Maradona yang mempunyai cap jari legenda itu telah diusik sebelum dia menjalani pembedahan, Baudry berkata: “Diego fikir hanya dia yang boleh membukanya tetapi sesiapa yang menyentuhnya boleh membuka peti itu.

“Kami mahu membuka peti deposit keselamatan di bank yang ada nama Diego tetapi apabila kami ke sana kami dapati Maradona tidak pernah pergi ke bank itu.

”Diego memberikan kebenaran untuk orang membuka akaun dan menggunakan namanya. Di Dubai dia mempunyai jam tangan mewah yang mempunyai kad dan nombor siri.

“Kami mempunyai 14 kad tetapi tiada jam. Seseorang telah mengambilnya.”

Pendedahan mengejutkan Baudry itu dilakukan ketika ditemuramah TV Argentina.

Dia berkata dia tidak menyalahkan sesiapa secara khusus tetapi menegaskan: ”Jika dia mempunyai berjuta wang, kemana perginya?

“Jika Diego membelanjakannya, harap ia betul, tiada masalah. Pewarisnya pasti lega tetapi pada masa sekarang, tiada hitam putih untuk membuktikannya.”

Siapa 'songlap' harta Maradona? | Harian Metro 2
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source link
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo