Infotainment

Siasatan Isu Berkenaan Akaun Twitter SKMM Siap – Akan Memerlukan Bantuan Pihak Penguatkuasa – Amanz

Siasatan Isu Berkenaan Akaun Twitter SKMM Siap – Akan Memerlukan Bantuan Pihak Penguatkuasa – Amanz 2

Sekitar bulan Januari yang lalu, akaun Twitter Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia dilihat hadir dengan sejumlah ciapan kesat yang dibuat beberapa tahun lalu. Apabila disiasat, terdapat seorang individu yang mengaku bahawa akaun tersebut telah dibeli darinya untuk jumlah pengguna yang ramai, dan kemudiannya ditukar menjadi akaun rasmi badan komunikasi tersebut.

Sejak itu, pihak SKMM telah mengatakan bahawa mereka akan membuka jawatankuasa dan kertas siasatan untuk mencari dalang disebalik pembelian akaun tersebut, tetapi untuk empat bulan yang lepas, tidak banyak butiran yang diberitahu mengenainya.

Apabila ditanya baru-baru ini, pengerusi SKMM, Dr. Fadhlullah Suhaimi Abdul Malek berkata bahawa siasatan mengenai isu tersebut telahpun siap, dan laporannya telah dibentangkan kepada Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia, Dato’ Saifuddin Abdullah.

Dato’ Saifuddin kemudiannya mengesahkan perkara tersebut, dan berkata bahawa individu yang “bertanggungjawab” untuk membeli akaun tersebut telahpun dikenalpasti, tetapi pihak SKMM tidak boleh mengenakan tindakan secara terus terhadap orang tersebut kerana dia tidak lagi bertugas untuk mereka.

Beliau turut mengatakan bahawa pihak KKMM juga sedang meminta bantuan pihak penguatkuasa untuk cuba membawa individu tersebut ke muka pengadilan kerana insiden tersebut.

Setakat ini, pihak SKMM masih belum mengumumkan lagi jika atau bilakah mereka akan membuka akaun Twitter baru untuk pengumuman-pengumuman rasmi mereka.

Siasatan Isu Berkenaan Akaun Twitter SKMM Siap – Akan Memerlukan Bantuan Pihak Penguatkuasa – Amanz 2
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source link
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo