Infotainment

Sime Darby Buka Pusat Kompleks Automotif Bertaraf Dunia Terbesar Di Asia Tenggara

Sime Darby Buka Pusat Kompleks Automotif Bertaraf Dunia Terbesar Di Asia Tenggara 2


Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini.

VOCKET

Sime Darby Bhd yang cukup terkenal dengan pemilikan beberapa pusat pameran jenama automotif mewah telah berjaya mencipta satu lagi kejayaan dengan pelancaran Sime Darby Motors City (SDMC).

Pusat kompleks automotif ini dibangunkan di Ara Damansara dengan jumlah pelaburan sebanyak RM570 juta oleh Sime Darby Bhd ini, bakal menjadi sebagai satu pusat rujukan utama untuk sektor automotif negara.

vocket-sime-darby-motors-city-5

Andrew Basham | Sumber Gambar: Instagram Story Sime Darby Berhad

vocket-sime-darby-motors-city-6

Dato ‘Jeffri Salim Davidson | Sumber Gambar: Instagram Story Sime Darby Berhad

“Sebagai salah satu pemain penting dalam industri automotif, Sime Darby Motors sentiasa komited dan berusaha untuk memberikan perkhidmatan bertaraf dunia kepada pelanggan kami.

“Pelancaran Sime Darby Motors City adalah bukti komitmen berterusan kami,” kata Pengarah Urusan Sime Darby Motors, Andrew Basham semasa pelancaran hari ini.

Manakala Dato’ Jeffri Salim Davidson, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Sime Darby Berhad pula menyatakan SMDC mencerminkan hasrat pihak Sime Darby untuk terus menerajui kemajuan dalam sektor automotif.

Sumber Gambar: Sime Darby Motors

SDMC memegang rekod sebagai sebuah pusat kompleks automotif terbesar di Malaysia dan Asia Tenggara dengan memiliki pelbagai bilik pameran kereta di atas tanah seluas 8.6 ekar, keluasan keseluruhan 1.3 juta kaki persegi dan mempunyai lapan tingkat.

Kompleks ini menempatkan enam pusat utama yang menampilkan 10 jenama yang diwakili oleh Sime Darby Motors di Malaysia iaitu BMW, Ford, Hyundai, Jaguar, Land Rover, MINI, Motorrad, Porsche dan Volvo.

Lengkap dengan integrasi teknologi terkini, Sime Darby Bhd mahu pelanggan mendapat pengalaman terbaik dengan menyediakan hampir 200 ruang servis, 700 tempat letak kereta pelanggan serta ruang pengecasan kenderaan elektrik (EV) dan ruang pameran yang boleh menempatkan lebih dari 180 kenderaan.

vocket-sime-darby-motors-city-3

Sumber Gambar: Sime Darby Motors

Di samping itu, SDMC mempunyai 60 juruteknik Auto Bavaria untuk BMW, MINI dan Motorrad dan lebih dari 110 juruteknik yang disahkan. Jumlah tersebut terdiri daripada juruteknik memiliki sijil tahap tertinggi seperti Zertifizierter Porsche Techniker Gold Certification yang telah diselaraskan untuk juruteknik Porsche di seluruh dunia.

Manakala juruteknik jenama seperti Ford, Hyundai, Jaguar dan Land Rover juga mempunyai sijil yang disahkan sebagai juruteknik utama terlatih.

Sehingga hari ini, Sime Darby Motors telah berada di sembilan buah pasaran dan wilayah di rantau Asia Pasifik. Pembukaan Sime Darby Motors City menjadikannya sebagai sebuah pusat kompleks automotif terbesar di rantau ini.

Pada akhir bulan Mac lalu, Azmin Ali telah memberi bayangan sebuah kilang kereta jenama kereta mewah bakal dibangunkan di Malaysia.

Azmin Ali Beri Bayangan Kilang Kereta Mewah Bakal Dibangunkan Di Malaysia Tidak Lama Lagi

Porsche Pilih Kulim Untuk Bangunkan Kilang Pemasangan Kereta?

 



Sime Darby Buka Pusat Kompleks Automotif Bertaraf Dunia Terbesar Di Asia Tenggara 2
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source link
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo