Infotainment

Simpan Rahsia Besar Tentang Misi Gaza, Ini Kronologi Luahan Perasaan Caprice Buat Ustaz Ebit Lew

Simpan Rahsia Besar Tentang Misi Gaza, Ini Kronologi Luahan Perasaan Caprice Buat Ustaz Ebit Lew

Simpan Rahsia Besar Tentang Misi Gaza, Ini Kronologi Luahan Perasaan Caprice Buat Ustaz Ebit Lew 1

Kemudiannya, Caprice menujukan secara nyata kepada Ustaz Ebit dan mengatakan bahawa ada penduduk Gaza yang tidak senang dengan gambar itu kerana ianya kelihatan seperti satu sesi fotografi.

caprice ebit lew

Bahkan penyanyi rap itu turut membangkitkan isu mengenai beberapa sumbangan yang disebut namun langsung tidak sampai ke destinasi yang sepatutnya.

“Isu orang berkopiah  masuk Gaza bukan tuju kepada satu orang sahaja. Tapi sudah lama orang Gaza marah bila ramai orang yang nampak alim saja menggunakan gambar-gambar Gaza untuk buka tabung.”

Caprice juga turut berkongsi keratan mesej panjang yang dihantar kepada Ustaz Ebit mengenai hal tersebut. Walaubagaimanapun, dia tidak menerima sebarang balasan namun akaunnya disekat tak lama kemudian.

caprice ebit lew

Selepas kisah tersebut tular di serata media sosial, penyanyi rap itu memilih untuk melakukan IG Live bagi menjelaskan lebih lanjut mengenai hal berkenaan. Namun dia kekal menguncikan mulut mengenai sebab dia tidak boleh menceritakan hal berkenaan secara spesifik.

Siaran langsung Caprice bersama Sharnaaz Ahmad

Walaubagaimanapun, sesi perbualan dia bersama pelakon Sharnaaz Ahmad nyata mendapat perhatian netizen memandangkan dia seperti merahsiakan sesuatu yang besar.

“Kalau Caprice terangkan A sampai Z apa yang berlaku dekat misi Gaza ini, semua pasti terkejut. Caprice bagi satu hint saja lah, politik jijik Malaysia sudah sampai ke tanah suci.”

Caprice turut mendedahkan sebab utama dia mahu ke Gaza iaitu untuk memberikan bantuan lain contohnya, cadangan ekonomi buat mereka.

“Caprice bukan nak pergi Gaza untuk hulur bantuan. Kita nak bersama rakyat Palestin dan bantu dari segi lain lah. Idea, bagaimana cara untuk naikkan ekonomi, untuk naikkan semangat, cara untuk membuat kandungan bagi menyebarkan lagi kesedaran. Itu ialah sumbangan Caprice.”

Dalam pada itu, penyanyi rap berkenaan turut menceritakan bagaimana dia dihalang daripada memasuki Gaza selepas pasukan Ustaz Ebit keluar daripada sempadan berkenaan.

“Ustaz dah masuk, ustaz dah keluar. Caprice nak masuk ni, tiba-tiba orang soal macam-macam mengenai orang yang masuk sebelum Caprice.”

Disebabkan oleh itu, Caprice telah menghantar mesej peribadi kepada Ustaz Ebit namun ianya tidak dilayan dan akaunnya disekat selepas itu.

Malah lelaki itu kerap kali mengatakan bahawa dia risaukan keselamatan dirinya sendiri jika hal sebenar didedahkan. Bahkan Caprice dilihat tidak mampu menahan perasaan dan menangis apabila cuba menyimpan perkara berkenaan.

Pembantu Ustaz Ebit kongsi cerita

Dsiebabkan oleh pelbagai kenyataan yang dikeluarkan oleh Caprice, pembantu Ustaz Ebit berasa terpanggil untuk menceritakan cerita daripada pihak mereka.

Arief Farhan turut menafikan mesej Caprice pada Datuk Seri Hishamuddin yang mengatakan bahawa Ustaz Ebit melutut dan mencium kaki Menteri Gaza.

Caprice ambil pil tidur

Dalam entri terbaru, penyanyi rap itu mendedahkan bahawa dia sudah 3 minggu mengambil ubat tidur kerana mengalami kesukaran untuk melelapkan mata selepas semua kejadian ini.

“Tapi saya tak fikir sebab kemurungan sebab saya percaya mungkin disebabkan jihad. Sesiapa yang kenal saya selama ini,
pertikaikan atau cabar jihad saya… Gaza dan Palestin, sesuatu dalam saya terbakar.”

Dalam pada itu, Caprice akan melakukan IG Live bersama dua tetamu khas pada 21 Julai nanti bagi mendedahkan hal sebenar mengenai pa yang berlaku di sebalik misi Gaza ini.

caprice

Harapnya redalah isu ini.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.



Simpan Rahsia Besar Tentang Misi Gaza, Ini Kronologi Luahan Perasaan Caprice Buat Ustaz Ebit Lew 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source link
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo