Berita

Siren amaran banjir dianggap ganggu tidur penduduk

Siren amaran banjir dianggap ganggu tidur penduduk 2

Kuala Lumpur: Hanya kira-kira lima peratus penduduk terutama yang tinggal berdekatan sungai faham mengenai Program Ramalan dan Amaran Banjir (PRAB) yang dibina untuk memaklumkan berlakunya banjir.

PRAB bertujuan mengurangkan risiko kehilangan nyawa dan harta benda akibat bencana alam berkenaan.

Pengarah Pusat Ramalan dan Amaran Banjir Negara (PRABN), Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia (JPS) Ir Mohd Razali Husain berkata, JPS mula membangunkan PRAB pada 2015 dan sudah beroperasi sejak 2017, namun tahap kesedaran orang ramai mengenai amaran banjir masih lagi rendah.

“Berdasarkan kajian awal Kempen Ramalan dan Amaran Informasi Banjir (KARIB) tahun lalu, peratus komuniti yang memahami PRAB sangat rendah, hanya kira-kira lima peratus.

“Kita giatkan lagi usaha menerusi KARIB untuk dapat meningkatkan lagi kefahaman golongan sasar termasuk kepada komuniti setempat, ketua kampung, guru dan pelajar sekolah supaya mereka faham.

“Sebabnya apabila mereka tidak faham, ramai mangsa banjir tidak membuat persediaan dan mengambil tindakan sewajarnya terhadap amaran bencana itu yang seterusnya mengurangkan keberkesanan sistem ini,” katanya dalam temubual bersama Harian Metro, baru-baru ini.

Mohd Razali berkata, bagi kawasan yang jarang dilanda banjir, atau tidak pernah dilanda banjir teruk, amaran banjir tidak diberi perhatian sewajarnya.

Menurutnya, manakala bagi kawasan yang kerap dilanda banjir pula, amaran banjir mungkin dipandang remeh kerana kejadian banjir kerap berlaku.

“Ketika ini terdapat 126 stesen siren yang terletak di tiga lembangan sungai utama berisiko banjir iaitu Sungai Terengganu, Sungai Pahang dan Sungai Kelantan.

“Fasa pertama PRAB sudah mula beroperasi di ketiga-tiga lembangan sungai ini manakala fasa kedua sedang dilaksanakan di 38 lembangan sungai utama seluruh negara. Jika siren berbunyi, apa mereka patut buat? Kalau tak faham, dengar sahajalah siren berbunyi tanpa mengambil sebarang tindakan,” katanya.

STESEN Hidrologi Bentong. FOTO ihsan PRABN JPS
STESEN Hidrologi Bentong. FOTO ihsan PRABN JPS

Beliau berkata, keluasan liputan bunyi siren itu meliputi 500 meter radius persegi yang turut mempunyai suara bercakap mengenai tahap amaran.

Katanya, siren dibunyikan bagi memberi amaran kepada penduduk di kawasan yang terbabit akan berlakunya banjir.

“Tetapi ramai penduduk masih tidak faham. Siren bunyi, mereka beramai-ramai ke arah sungai dan pertikaikan air tak naik lagi.

“Malah kita juga terima panggilan bahawa siren berkenaan mengganggunya tidur dan minta ‘off’ siren itu sedangkan siren itu berfungsi mengikut alat sensor paras air sungai,” katanya.

Beliau berkata, sebelum PRAB, amaran hanya mampu diberikan enam jam sebelum banjir berlaku, iaitu masa yang singkat untuk penduduk melakukan tindakan awal.

Transformasi kepada PRAB, katanya, membolehkan ramalan dilakukan tujuh hari awal dan amaran disebarkan seawal dua hari sebelum banjir berlaku.

“Ia memberi masa untuk penduduk bertindak dalam keadaan masih kering dan membuat persiapan awal, dibantu oleh agensi penyelamat yang kini boleh melaksanakan proses pemindahan dengan lebih selamat, cekap dan teratur.

“Lazimnya, tindak balas segera terhadap amaran banjir cenderung berlaku hanya selepas komuniti itu mengalami keadaan banjir yang teruk.

“Ini menyukarkan pihak berkuasa dan penyelamat melaksanakan tugas mereka menyelamatkan mangsa dalam keadaan banjir besar,” katanya.

Beliau berkata, hakikatnya, banjir adalah bencana alam yang kritikal dan kerap berlaku, sekali gus memberi kesan kepada rakyat Malaysia.

Katanya, berdasarkan kajian JPS pada 2012 (Updating of Condition of Flooding and Flood Damage Assessment in Malaysia), kawasan yang berisiko banjir ialah sebanyak 10.1 peratus iaitu 33,298 kilometer persegi daripada keluasan keseluruhan Malaysia iaitu 330,436 kilometer persegi yang membabitkan seramai 5.7 juta penduduk Malaysia.

“Manakala anggaran kerugian banjir tahunan ialah RM1.15 bilion setahun. Banjir mungkin berlaku sepanjang tahun tetapi lebih kerap terutamanya berlaku semasa waktu puncak musim Monsun Timur Laut iaitu dari November hingga Januari,” katanya.

Siren amaran banjir dianggap ganggu tidur penduduk 2
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source link
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo