Infotainment

Siti Nurhaliza Pilih Nama Anak Kedua Muhammad Afwa

Siti Nurhaliza Pilih Nama Anak Kedua Muhammad Afwa 2

Genap seminggu kelahiran, penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza mengumumkan nama anak keduanya yang diberi nama Muhammad Afwa.

Siti turut berkongsikan maksud namanya iaitu keampunan atau kemaafan. Menerusi perkongsian di Instagram itu, Siti memuat naik wajah putera hatinya itu.

BACA: Siti Nurhaliza Selamat Bersalin Anak Kedua

“Bismillahirrahmanirrahim. Hari ini, 26 April 2021, bersamaan dengan 14 Ramadan 1442H, anakanda saya genap berusia tujuh hari.

“Sunat menamakan anak yang baharu lahir dengan nama yang elok dan membawa makna baik kerana nama itu yang akan dipanggil di hari akhirat kelak.

“Alhamdulillah, hari ini, suami dan saya ingin berkongsi wajah dan nama anakanda kedua kami. Kami menamakan anakanda kami dengan nama Muhammad Afwa yang membawa makna keampunan atau kemaafan,” tulisnya.

Dalam pada itu, Siti turut mendoakan agar anak keduanya itu sentiasa berada dalam keampunan dan kemaafan Yang Maha Esa.

“Muhammad Afwa lahir pada bulan Ramadan, bulan keampunan dan di dalam doa malam Lailatul Qadar juga ada menyebut afwa.

“Afwa melengkapkan ‘afiyah’ dan terdapat di dalam doa yang saya dan suami pilih iaitu doa lengkap ‘afiyah’.

“Semoga anakanda Muhammad Afwa sentiasa di dalam keampunan dan kemaafan Allah SWT dan kita semua juga di dalam lindungan-Nya,” tulisnya.

Terdahulu, Siti selamat melahirkan anak kedua pada 19 April lalu menerusi kaedah pembedahan di sebuah pusat perubatan di Selangor.



Siti Nurhaliza Pilih Nama Anak Kedua Muhammad Afwa 2
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source link
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo