Infotainment

Siti Nurhaliza Terpaksa Beli Barang Baru Untuk Bayi Lelaki

Siti Nurhaliza Terpaksa Beli Barang Baru Untuk Bayi Lelaki 2

Usia kandungan sudah mencecah empat bulan dan bakal melahirkan anak lelaki pada April depan, Datuk Seri Siti Nurhaliza berkata masih belum membuat sebarang persiapan barang-barang untuk bayi keduanya.

Siti berkata dia terpaksa membeli pakaian dan barang keperluan baru memandangkan anak pertamanya penuh dengan warna merah jambu. Ujarnya lagi, dia hanya akan membuat persiapan apabila kandungan mencecah usia tujuh bulan.

BACA: Siti Nurhaliza Umum Bakal Timang Anak Lelaki

“Persiapan kalau soal barang-barang baby masih belum beli lagi. Memang kena beli yang baru sebab baby boy, Aafiyah punya barang semua warna pink.

“Jadi rasa-rasanya saya akan membeli bila kandungan sudah mencecah tujuh bulan nanti. InsyaAllah ketika itu saya akan persiapkan semuanya,” katanya.

Dalam pada itu, Siti akui gementar untuk melalui proses melahirkan anak kedua meskipun pernah melalui pengalaman tersebut. Siti berharap semua peminat mendoakan agar urusan bersalin dipermudahkan.

“Dari segi mental dan fizikal saya akui memang agak nervous juga. Walaupun saya dah pernah melahirkan seorang cahaya mata perempuan tapi saya percaya ia merupakan pengalaman yang berbeza.

“Saya harap semua orang dapat mendoakan agar saya sentiasa sihat dan kuat untuk melahirkan anak kedua saya dengan baik, InsyaAllah,” katanya.



Siti Nurhaliza Terpaksa Beli Barang Baru Untuk Bayi Lelaki 2
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source link
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo