Infotainment

Softbank Membayar Verizon $1.4 Bilion Untuk Pegangan Hak Milik Penjenamaan Dan Teknologi Yahoo! Japan

Softbank Membayar Verizon $1.4 Bilion Untuk Pegangan Hak Milik Penjenamaan Dan Teknologi Yahoo! Japan 1

Jika anda menggunakan internet pada era awal 2000an sebelum era Google, anda pasti mengenali nama syarikat teknologi Yahoo!. Mereka merupakan salah satu syarikat pelopor era Web 2.0 yang bukan sahaja memperkenalkan enjin carian, tetapi juga perkhidmatan emel, perkhidmatan sembang atas-talian dan sebagainya.

Yahoo! diambil-alih oleh Verizon selepas gagal menandingi Google, dan kemudiannya dijuat pada tahun ini kepada Apollo Global Management untuk $5 bilion .Akan tetapi tidak semua bahagian Yahoo! dijual oleh Verizon, kerana sehingga kini, Yahoo! Japan masih lagi dimiliki mereka.

Akan tetapi, pihak Softbank, salah sebuah syarikat pelaburan teknologi terbesar di dunia dilihat telah mengambil-alih hak milik penjenamaan dan teknologi Yahoo! Japan daripada Verizon baru-baru ini untuk jumlah wang sebanyak $1.4 bilion.

Yahoo! Japan adalah merupakan sebuah ekosistem digital unik yang berbeza dengan negara-negara lain, khususnya dengan ciri-ciri seperti syarikat media, aplikasi cuaca dan fungsi Yahoo! Auction yang masih lagi digunakan sehingga hari ini oleh warganet di Jepun untuk menjual-beli barang baru dan terpakai.

Pengambilalihan Yahoo! Japan oleh Softbank dilihat satu cara untuk syarikat tersebut memastikan mereka kekal kompetitif di arena digital Jepun yang dilihat semakin sengit kebelakangan ini.

Sumber: Reuters

Softbank Membayar Verizon $1.4 Bilion Untuk Pegangan Hak Milik Penjenamaan Dan Teknologi Yahoo! Japan 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source link
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo