Berita

Sokong kewujudan Pelan Induk Wakaf Nasional


Kuala Lumpur: Hasrat kerajaan mewujudkan Pelan Induk Wakaf Nasional dalam Belanjawan 2021 tepat pada masanya untuk membina sistem wakaf lebih holistik di negara ini.

Wan Hassan Mohd Ramli (Pas-Dungun) berkata, gagasan dibawa kerajaan itu menepis pemikiran bahawa wakaf hanya berkaitan dengan tanah kubur dan masjid.

Ini kerana, katanya, melalui pelan menyeluruh penggunaannya tidak lagi terhad kepada institusi agama sahaja.

“Rakyat boleh mendapat manfaat secara terus apabila pembangunan sistem wakaf diperluaskan kepada lebih banyak agensi kerajaan terutama dalam sektor kesihatan dan pendidikan.

“Menyentuh mengenai wakaf dalam pendidikan, dalam situasi kemelesetan ekonomi global hari ini, sedikit sebanyak pasti institusi pendidikan kita terjejas teruk.

“Dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) contohnya, apabila universiti ditutup, pihak universiti terpaksa memotong yuran pengajian diperlukan bagi menampung perbelanjaan pentadbiran universiti,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika membahaskan Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan 2021 di Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau berkata, sewaktu PKP, mahasiswa masih perlu belajar walaupun tinggal di rumah melalui medium aplikasi dalam talian.

Menurutnya, perkara itu pastinya memerlukan penggunaan teknologi maksimum bagi memastikan proses pembelajaran berjalan dengan efektif.

“Semua ini memerlukan dana cukup dan konsisten bagi memastikan sesebuah institusi pendidikan dapat beroperasi dengan baik.

“Sebelum ini Program Transformasi Universiti (UNITP) mengangkat wakaf sebagai satu agenda penting untuk penjanaan ekonomi universiti awam dengan mewujudkan garis panduan seperti dinyatakan dalam Buku Ungu,” katanya.

Beliau berkata, walaupun penubuhan tabung wakaf oleh universiti tempatan mampu menjana pendapatan, wujud banyak kekangan berkaitan dengan perundangan.

Menurutnya, antaranya membabitkan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) 1971, perlembagaan universiti, Akta Syarikat 1995 dan Kanun Tanah Negara (KTN) 1965.

“Oleh itu diharapkan Pelan Induk Wakaf Nasional boleh menyediakan polisi seragam untuk semua pihak kerana pihak universiti khususnya sangat memerlukan panduan jelas sebagai rujukan.

“Di kesempatan ini, saya ingin mencadangkan agar kerajaan menaik taraf Darul Quran kepada sebuah Universiti al-Quran dengan menggunakan sepenuhnya model wakaf seperti dilakukan negara lain.

“Oleh kerana wakaf menjadi antara agenda kerajaan hari ini, konsep ini boleh diteroka memandangkan Malaysia masih belum ada universiti beroperasi sepenuhnya di bawah sistem wakaf,” katanya.



Source link
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo