Berita

Spritzer perkenal pakej air | Harian Metro

Spritzer perkenal pakej air | Harian Metro 2

Kuala Lumpur: Spritzer Malaysia (Spritzer) menawarkan pakej minuman terus ke pintu rumah di seluruh negara pada harga serendah RM127.50 sebulan.

Pakej langgan serba baharu ini untuk seisi keluarga menyediakan bekalan air mineral semula jadi yang dihantar terus ke pintu rumah pelanggan menjadikannya sesuatu yang sangat bermanfaat ketika pandemik Covid-19.

Spritzer dalam kenyataan berkata, pelan langganan itu juga menawarkan sebilangan pilihan yang memenuhi pelbagai kehendak keluarga atau isi rumah.

“Dalam pakej itu turut disediakan mini dispenser air yang menjadikannya mudah dan senang untuk digunakan di mana sahaja kerana dispenser berkenaan boleh dibawa ke tempat berkelah atau perhimpunan keluarga atau keramaian.

“Mereka yang sentiasa sibuk mendapati ia juga memudahkan untuk memiliki dispenser yang mempunyai fungsi air panas bagi memudahkan penyediaan makanan dan minuman,” katanya.

Menurutnya, memiliki alat mudah alih bekalan air ini adalah penting dan Spritzer sudah mengeluarkan air mineral semula jadi sejak akhir 1980 dalam fasiliti yang selamat persekitarannya dan lestari di Taiping, Perak.

Ia dikelilingi oleh hutan hujan tropika berusia 200 juta tahun yang dipelihara dalam keadaan baik dan jauh dari pencemaran.

“Dengan bekalan air bersih yang sentiasa selamat untuk diminum menjadi isu sejak kebelakangan ini.

“Oleh itu, Spritzer menjadikannya mudah bagi isu rumah dengan menyediakan air mineral semula jadi terus kepada mereka menerusi pelan langganan yang menepati kehendak keluarga mengikut pakej atau pilihan yang ditawarkan,” katanya.

“Tidak perlu lagi berebut dengan orang lain untuk mendapatkan air botol semasa gangguan bekalan air, menerusi pelan langganan Spritzer ini.

“Untuk maklumat lanjut boleh melayari www.spritzer.com.my,” katanya.

Spritzer perkenal pakej air | Harian Metro 2
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source link
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo