Infotainment

Square Dilaporkan Berminat Untuk Mengambil-alih Perkhidmatan Penstriman Lagu Tidal – Amanz

Square Dilaporkan Berminat Untuk Mengambil-alih Perkhidmatan Penstriman Lagu Tidal – Amanz 2

Tidal, sebuah perkhidmatan penstriman audio yang dipopularkan oleh Jay-Z dan hadir dengan pilihan untuk penstriman audio yang paling berkualiti tinggi dilaporkan sedang dalam perbincangan untuk pengambil-alihan oleh Square.

Walaupun Tidal hadir dengan kualiti penstriman audio yang paling berkualiti diantara semua perkhidmatan penstriman di pasaran sekarang, ia nampaknya sedang menghadapi kesukaran untuk menembusi pasaran umum kerana penawaran muzik yang tidak berapa setanding nama-nama seperti Spotify dan Apple Music.

Square, yang dipengerusi oleh CEO Twitter, Jack Dorsey baru-baru ini dilaporkan sedang dalam perbincangan untuk diambil alih daripada Jay-Z yang memegang jumlah saham terbesar didalam Tidal sekarang.

Ia juga dilaporkan bahawa kedua-dua pihak ini telahpun bertemu sepanjang beberapa bulan ini untuk membincangkan tentang pengambil-alihan tersebut, tetapi tiada butiran khusus yang diketahui mengenainya.

Selain daripada Jay-Z, pemilik-pemilik Tidal yang lain termasuklah Beyoncé, Alicia Keys, Coldplay, Madonna, Rihanna dan lain-lain. Ia juga mempunyai katalog sebanyak 60 juta lagu, 250,000 video, dan pernah melakukan konsert dan acara-acara khas yang hanya boleh diakses oleh pelanggan-pelanggan Tidal.

Square Dilaporkan Berminat Untuk Mengambil-alih Perkhidmatan Penstriman Lagu Tidal – Amanz 2
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source link
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo