Infotainment

Stadium Piala Dunia Ini Mengambil Inspirasi Daripada Rekaan Kopiah

Stadium Piala Dunia Ini Mengambil Inspirasi Daripada Rekaan Kopiah 1

Piala Dunia 2022 akan berlangsung di Qatar menjadikannya negara Timur Tengah pertama menjadi tuan rumah. Kerana iklim panas padang pasir, acara tidak akan dilakukan ketika musim panas. Sungguhpun begitu bagi mengelakkan ketidakselesaan pada pemain dan penonton, tuan rumah perlu kreatif dalam memilih rekaan stadium.

Stadium Piala Dunia Ini Mengambil Inspirasi Daripada Rekaan Kopiah
Stadium Piala Dunia Ini Mengambil Inspirasi Daripada Rekaan Kopiah 7

Stadium Al Thumama yang dibina di Doha mempunyai rekabentuk yang unik kerana mengambil inspirasi dari kopiah. Keseluruhan bumbung melindungi tempat duduk penonton dengan terdapat sebuah oculus bulat di bahagian tengah. Bahagian sisi dindingnya pula mempunyai rongga seakan anyaman kopiah bagi tujuan pengudaraan untuk mengelakkan ruang dalaman stadium memanas. Terdapat juga sistem penyaman udara dan kipas tambahan bagi memastikan lagi tiada isu seperti strok haba di kalangan 40,000 penonton kelak.

Stadium Piala Dunia Ini Mengambil Inspirasi Daripada Rekaan Kopiah 3
Stadium Piala Dunia Ini Mengambil Inspirasi Daripada Rekaan Kopiah 8

Apabila siap sepenuhnya kelak, stadium akan mempunyai masjid, ruang perniagaan dan hotel terbina supaya penggunaan ruang yang lebih baik boleh dilakukan selepas berakhirnya acara sepak bola terbesar dunia. Stadium ini direka oleh firma senibina tempatan Ibrahim M Jaidah dan adalah salah satu dari lapan stadium yang dibina di lima bandaraya utama Qatar.

Stadium Piala Dunia Ini Mengambil Inspirasi Daripada Rekaan Kopiah 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo