Berita

Strategi jual Baja Wangi | Harian Metro

Strategi jual Baja Wangi | Harian Metro 2

Kuala Lumpur: Cikgu Kebun Organic Solution (CK) merancang untuk meneroka pasaran Indonesia, Brunei, Singapura tahun ini menerusi produk keluarannya, Baja Wangi.

Eksekutif Pemasarannya, Mohd Syafiq Ahmad Khasasi berkata, pihaknya optimis dapat menembusi pasaran Asia Tenggara menggunakan platform jualan utama secara dalam talian.

Katanya, dengan permintaan memberangsangkan bagi pasaran Malaysia, pihaknya menjangkakan Baja Wangi mampu terjual lebih 5,000 unit sebulan.

“Baja Wangi ini dihasilkan pada Julai tahun lalu sewaktu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Memandangkan ketika itu menanam pokok hidup ‘indoor’ menjadi hobi baharu rakyat Malaysia, idea menghasilkan Baja Wangi ini timbul terutama selepas menerima pelbagai pertanyaan mengenai baja yang sesuai untuk tanaman mereka kerana baja sedia ada berbau (kebanyakan dihasilkan daripada najis).

“Malah, CK mewujudkan kumpulan (Indoor Plant Lover Malaysia) di Facebook dan kini mempunyai lebih 19,000 pengikut,” katanya kepada Bisnes Metro.

Menurutnya, kelainan ditampilkan Baja Wangi ini adalah dari segi kesan maksimum yang mana selain wangi, baja ini menyuburkan tanaman serta menjadikan pokok lebih besar dan sihat.

Mohd Syafiq berkata, Baja Wangi juga boleh digunakan untuk tanaman dalam rumah mahupun di luar kediaman dan paling penting ia selamat digunakan kerana sudah lulus ujian makmal jabatan kimia.

Selain itu, beliau berkata, formula yang digunakan juga adalah hasil penguraian tumbuhan.

“Baja Wangi organik ini dijual secara set pada harga RM53 dan terdapat dua varian iaitu semburan dan tabur.

“Kami juga menjual Baja Wangi melalui ejen dan masih membuka peluang kepada mereka yang berminat.

“Kami menyasarkan melantik 2,000 ejen negeri, daerah dan kawasan sepanjang tahun ini,” katanya.

Strategi jual Baja Wangi | Harian Metro 2
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source link
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo