Artikel Terkini

Suami berjaya tukar kucing isteri tanpa pengetahuan selama 6 tahun

Suami berjaya tukar kucing isteri tanpa pengetahuan selama 6 tahun
Suami berjaya tukar kucing isteri tanpa pengetahuan selama 6 tahun 1

LONDON – Seorang lelaki dihantui rasa bersalah kerana menukar kucing isterinya yang agresif dengan seekor kucing serupa yang lebih jinak, lapor akhbar Mirror UK semalam.

Dalam satu hantaran di laman perkongsian Reddit, lelaki itu memberitahu bahawa kucing isterinya sentiasa mendesis dan mencakar lengannya.

Pada suatu hari, dia memutuskan untuk menukar kucing itu dengan seekor kucing hitam lain.

“Dia (isteri) mempunyai seekor kucing yang terlalu agresif. Ia mencakar dan mendesis pada semua orang, selain tidak menggunakan kotak untuk membuang najis.

“Isteri saya bertegas dia boleh membuatkan ia berkelakuan baik,” katanya.

Dia menukar kucing itu ketika isterinya pergi ke luar bandar untuk melawat keluarganya.

“Keesokan paginya, saya pergi ke tempat perlindungan haiwan tempatan. Saya menemui seekor kucing serupa yang sudah terlatih dan menyesuaikan diri dengan orang ramai, tetapi agak gelisah.

“Secara keseluruhannya, ia jauh lebih mesra dan berkelakuan lebih baik, dan sifat gelisah akan membantu ia menyerupai kucing asal,” tambahnya.

Dia kemudian menunggu isterinya pulang ke rumah dan berharap dia tidak akan menyedari bahawa mereka memelihara kucing yang berbeza.

“Sudah enam tahun sejak kejadian itu. Kami masih mempunyai kucing yang ditukar. Ia menyahut apabila kami memanggil nama kucing asal. Isteri saya tidak tahu apa-apa,” katanya lagi. – Agensi


Suami berjaya tukar kucing isteri tanpa pengetahuan selama 6 tahun 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo