Berita

Sudah empat kali pembantu rumah Sharifah Shahira lari

Sudah empat kali pembantu rumah Sharifah Shahira lari 2

Kuala Lumpur: Pelakon dan penyampai radio, Sharifah Shahirah mengakui sudah empat kali pembantu rumah warga Indonesia yang diambil dari ejen melarikan diri.

Terbaru, pembantu rumah yang sudah empat tahun bekerja dengannya melarikan diri, Ahad lalu.

Sharifah Shahirah atau mesra disapa Shiera berkata, dia sudah lali dengan perkara itu dan anggap ia perkara biasa.

“Kalau ikutkan ini pembantu rumah keempat yang lari. Jadi, saya sudah lali. Selalu paling lama bekerja pun lima tahun. Selepas itu, mula berikan pelbagai alasan. Ada yang nak balik kampung, suami kacau, ada kekasih dan macam-macam lagi. Pendek kata, ‘drama’ mereka lebih hebat daripada kami sekeluarga.

“Yang terbaru ni, dia lari Ahad lalu. Dia ada cakap nak balik kampung sebab suami suruh pulang. Katanya suami sakit, tapi saya maklumkan belum dibenarkan disebabkan Covid-19. Saya minta dia tunggu dulu sehingga kerajaan membenarkan perkara itu.

“Nak dijadikan cerita, pada Ahad itu juga saya pergi kebun. Selalu memang bawa dia sebab nak kena menjaga anak bongsu saya yang berusia empat tahun. Dia bagi alasan tak nak ikut. Apabila di kebun, seorang lagi pembantu rumah menghubungi saya dan maklumkan dia sudah lari,” katanya.

Shiera yang juga pengacara berkata, pembantu rumahnya itu sudah menunjukkan tanda malas bekerja sejak sebulan lalu.

“Selama empat tahun dia bekerja dengan saya okay saja, tapi, sejak sebulan lalu dia mula malas. Saya pun tak tahu dia penat atau sudah tidak serasi. Apabila ditanya, dia cakap okay saja. Cuma, saya perasan dia lebih banyak habiskan masa dengan telefon bimbit.

“Sudahlah urusan permit mahal dan perlu melalui ejen. Tapi, apabila dia lari saya belum batalkan permit lagi. Saya bagi tempoh sebulan. Mana tahu dia datang semula sebab kalau boleh biarlah dia selamat balik. Saya juga sudah menghubungi suaminya tapi panggilan dimatikan.

“Alhamdillah, dia tidak ada mencuri barang. Cuma, apa dikesalkan adalah saya banyak berhabis untuk mendapatkan pembantu rumah. Dalam masa sama, bukan nak berkira sebab saya jenis yang belikan apa mereka nak,” katanya.

Sudah empat kali pembantu rumah Sharifah Shahira lari 2
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source link
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo