Infotainment

Sudah Terima Vaksin Di India, Doktor Gigi Ini Kongsi Pengalaman Dan Kesan Sampingan Dialaminya

Sudah Terima Vaksin Di India, Doktor Gigi Ini Kongsi Pengalaman Dan Kesan Sampingan Dialaminya 2

Umum mengetahui, pelbagai jenis vaksin COVID-19 sudah tersedia untuk diambil oleh semua orang di seluruh dunia. Malah, tidak lama lagi program vaksinasi akan bermula di negara kita.

Mesti ada daripada anda yang tertanya-tanya apa yang akan berlaku selepas disuntik vaksin dan mungkin ada juga masih lagi dalam pertimbangan untuk mengambil vaksin.

Terbaharu, seorang pengguna Twitter @syazwanismd yang merupakan seorang doktor gigi telah berkongsi pengalaman beliau menerima suntikan vaksin di India pada hari Sabtu yang lalu.

Menurut Dr Wani, vaksin yang diterimanya adalah jenis Covishield (Viral vector) yang dihasilkan oleh AstraZeneca, manakala di Malaysia akan menerima vaksin jenis pfizer (mRNA) dihasilkan oleh Pfizer-BioNtech.

Apa beza vaksin pfizer dan Covishield? Bagi pfizer menggunakan messenger RNA manakala Covishield pula menggunakan viral vector. Cara penyimpanan vaksin ini pun berbeza. Antara sebab India pilih Covishield sebab India boleh handle cara penyimpanan vaksin ini.

Eu61IG1VEAYMxQR

Bercerita tentang pengalamannya menerima suntikan vaksin ini, beliau mengatakan pada awalnya beliau perlu mendaftar terlebih dahulu dan mengisi borang serta surat kebenaran.

Malah, pihak hospital turut akan bertanya sama ada anda sudah terima suntikan sebelum ini atau tidak. Ini kerana, jarak masa untuk menerima dos kedua adalah selama sebulan.

Untuk pengetahuan anda, anda akan merasai beberapa kesan sampingan sementara seperti pening kepala, keletihan, badan berasa kurang selesa, otot sakit dan juga demam.

Menurutnya, kesan sampingan ini normal kerana badan kita tengah hasilkan antibody baru dan kuatkan sistem imunisasi. Malah, simptom ini dirasai selepas sehari atau seminggu disuntik.

Kesan sampingan yang dialami Dr Wani adalah demam dan rasa lenguh badan tetapi beransur pulih keesokan harinya. Menurutnya, beliau berehat dengan tidur awal dan minum air bagi memastikan badan menghasilkan melatonin secukupnya.

Selepas itu, beliau sudah berasa cergas kembali dan sudah mula bertugas semula di klinik. Apa yang penting adalah berehat secukupnya dan beliau mengatakan orang ramai tidak perlu takut untuk mengambil vaksin kerana kesan sampingannya hanya bersifat sementara.

Pastinya perkongsian Dr Wani ini dapat mengubah pandangan anda dan menghilangkan keraguan anda yang takut mahu menerima vaksin. Adakah anda sudah bersedia untuk menerima suntikan vaksin?

Tahukah anda bahawa anda sudah boleh mendaftar untuk menerima vaksin? Klik pautan di bawah untuk ketahui lebih lanjut.

Berikut Adalah Cara-Cara Untuk Mendaftar Vaksin COVID-19 Dengan Kemas Kini Terkini MySejahtera

Melawan Teori Anti Vaksin Yang Kaitkan Pesawat OneWorld Dengan ‘Agenda Dajjal’

Vaksin Pfizer-BioNTech Tiba 21 Feb, Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan Akan Bermula 26 Feb



Sudah Terima Vaksin Di India, Doktor Gigi Ini Kongsi Pengalaman Dan Kesan Sampingan Dialaminya 2
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source link
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo