Berita

Suhaimi rela bertongkat, peringatan pada diri

Suhaimi rela bertongkat, peringatan pada diri 1

Suhaimi rela bertongkat, peringatan pada diri 2

Kuala Lumpur: Bekas anggota kumpulan InTeam, Suhaimi Saad, 40, optimis apabila kini dia harus bertongkat berikutan sakit mata kronik dialami sejak setahun lalu hingga membataskan penglihatan dan pergerakannya.

Suhaimi menerusi perkongsian dibuat untuk pengikutnya di Instagram (IG) memaklumkan bertongkat juga adalah sunah nabi.

“Bukan sebab buta atau cacat, dah lama saya niat, bila masuk usia 40 tahun, saya akan bertongkat.

“Mudah-mudahan itu akan menjadi pengingat kepada saya, bahawa apabila usia meningkat, hidupmu semakin singkat, hari kematianmu makin dekat, tinggalkanlah segala dosa dan maksiat, perbanyakkanlah amal soleh dan taubat,” tulisnya.

Menurut Suhaimi, dia berharap semoga kehidupan dilaluinya dirahmati dan dikurniakan kematian baik serta selamat dunia akhirat.

Baru- baru ini, menerusi siaran langsung di Instagramnya Suhaimi berkongsi keadaan diri  yang mengalami sakit mata kronik sejak setahun lalu.

Ujarnya, dia tidak menolak kemungkinan penyakit mata dihidapinya itu akibat terkena gangguan sihir.

“Saya sudah merujuk kepada ustaz dan pusat perubatan Islam berhubung penyakit itu dan percaya kesakitan yang saya alami ini ada kaitan dengan buatan orang.

“Kalau berjumpa doktor, mereka akan buat imbasan berdasarkan fakta saintifik. Apabila saya merujuk ustaz, memang ada kemungkinan unsur itu (sihir).

 “Saya percaya dengan sihir dan santau, tapi saya juga ikhtiar secara rawatan fizikal dan rohani kerana percaya pada ubat-ubatan,” katanya.

Tidak mengulas lanjut kaedah rawatan yang dilakukannya kini, Suhaimi enggan dikecam, Katanya cara rawatan itu, biarlah rahsia.

Menurut Suhaimi, kini dia memerlukan bantuan isterinya, Ina Naim dalam urusan harian seperti memandu kereta untuk ke mana-mana.

Suhaimi bernikah dengan Ina pada 2007 dan mereka dikurniakan empat anak iaitu Ehmad Hadie Elfardie, 12,  Salman El- Khoyri, 10, Phyrosh Elfadwah, 8 dan Nurhayla Elghufrony, 6.

Suhaimi rela bertongkat, peringatan pada diri 2

Source link
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo