Berita

Sukar untuk saya memahami apa sebenarnya mahu berlaku – Neelofa

Sukar untuk saya memahami apa sebenarnya mahu berlaku – Neelofa 2

Kuala Lumpur: Selepas menafikan segala tuduhan berat yang dilemparkan terhadap dirinya dengan PU Riz, selebriti dan usahawan popular, Neelofa dilihat seolah-olah sukar untuk memahami situasi yang berlaku.

Neelofa menerusi satu hantaran di Instagram Story meletakkan sepenuh kepercayaan kepada ketentuan Allah dalam menentukan perjalanan hidupnya.

“Ya Allah, kadang-kadang sukar untuk saya memahami apa yang sebenarnya mahu berlaku, tetapi saya mempercayai-Mu. Saya tahu kamu akan beri yang terbaik,” tulisnya dalam nota terbabit.

Sebelum ini, PU Riz turut memuat naik nota ringkas seakan-akan memberi bayangan kepada isu yang sedang hangat diperkatakan itu.

Dalam pada itu, selepas tampil memberikan penjelasan mengenai beberapa isu tular yang membabitkan dirinya serta PU Riz atau Muhammad Haris Mohd Ismail, Neelofa dihujani ribuan komen daripada warganet.

Malah, rakan selebriti turut dilihat memberikan kata semangat buat bekas pengacara MeleTOP itu dan mendoakan agar segala urusan dipermudahkan.

Menerusi tinjauan Harian Metro, antara rakan artis yang meninggalkan komen pada hantaran video terkini Neelofa yang merungkai pelbagai spekulasi itu termasuk Tiz Zaqyah, Elizad, Rossa, Shuib Sepahtu, Puteri Sarah Liyana, Fizo Omar, Mawar Rashid dan ramai lagi.

Terdahulu, Neelofa dalam hantaran video dan kenyataan rasmi yang diedarkan kepada media semalam menafikan sudah berkahwin dengan Riz di Kelantan seperti yang tersebar.

Dalam masa sama, bekas pengacara MeleTOP itu juga turut menafikan tuduhan yang mendakwa kononnya dia terkena ubat pengasih dan memindahkan sejumlah wang yang banyak kepada pendakwah muda itu.

Soal hubungan mereka, Neelofa berkata, kedua belah keluarga dalam proses perbincangan untuk mencari titik penyelesaian.

Sukar untuk saya memahami apa sebenarnya mahu berlaku – Neelofa 2
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source link
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo