Berita

Suspek lolos pemeriksaan polis berjaya diberkas

Suspek lolos pemeriksaan polis berjaya diberkas

Suspek lolos pemeriksaan polis berjaya diberkas 1

Petaling Jaya: Lelaki yang melarikan diri daripada ditahan polis di Bulatan Sierramas, berjaya diberkas petang tadi.

Suspek ditahan hanya beberapa jam selepas dia bersama seorang lagi rakan yang masih bebas dirakam melanggar beberapa kereta sehingga memaksa polis melepaskan tembakan.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal berkata, lelaki berusia 35 tahun itu ditahan di Desa Aman yang terletak satu kilometer dari lokasi suspek meninggalkan kereta ketika dikejar polis.

Menurutnya, hasil pemeriksaan lanjut mendapati suspek mempunyai lapan rekod jenayah lampau berkaitan dadah.

“Pemeriksaan lanjut menemui heroin ditinggalkan suspek di dalam kenderaan itu.

“Seorang lagi suspek yang dikenali sebagai Bob Mahsing berusia 40-an kini sedang diburu polis,” katanya dalam kenyataan media malam ini.

Beliau berkata, polis akan memohon perintah reman esok dan kes disiasat mengikut Seksyen 307, 427, 188 Kanun Keseksaan, Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 6(1) Akta Bahan Kakisan dan Letupan, Senjata Berbahaya 1958.

Petang tadi, tular di laman sosial rakaman dua anggota polis cuba menahan suspek di persimpangan lampu isyarat.

Walaupun diarahkan menyerah, suspek tetap cuba meloloskan diri dengan melanggar kereta dan lori.

Polis kemudian terpaksa melepaskan tembakan dalam usaha memberkas suspek.

Kereta suspek kemudiannya ditemui ditinggalkan di tepi jalan di Sungai Buloh.

Berita berkaitan

Drama ganas dua penjenayah di Sungai Buloh

Suspek lolos pemeriksaan polis berjaya diberkas 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source link
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo