Infotainment

Syarikat Jepun Membangunkan Penyedut Khas Untuk Mengambil Fon Telinga Nirwayar Dari Landasan Keretapi – Amanz

Syarikat Jepun Membangunkan Penyedut Khas Untuk Mengambil Fon Telinga Nirwayar Dari Landasan Keretapi – Amanz 1

Syarikat Jepun Membangunkan Penyedut Khas Untuk Mengambil Fon Telinga Nirwayar Dari Landasan Keretapi – Amanz 2

Fon telinga nirwayar adalah sangat popular pada hari ini, sejak ia dipopularkan oleh Apple melalui AirPods. Selain Apple, pelbagai pengeluar peranti mempunyai penawaran masing-masing – sekaligus membuatkan penggunaan fon telinga nirwayar seumpamanya sangat popular dikalangan pengguna.

Dengan perkembangan ini, ia turut membawa kepada salah satu masalah yang agak besar di Jepun – iaitu kadar kejatuhan fon telinga nirwayar ini di landasan keretapi.

Ia diperkatakan terdapat sekitar 950 kes terjatuhnya fon telinga nirwayar ini di 78 stesen di Tokyo, sekitar Julai ke September lepas. Fon telinga nirwayar ini juga menjadi satu pertiga daripada keseluruhan barangan yang terjatuh di landasan keretapi untuk tempoh berkenaan.

Selari dengannya, untuk memudahhkan ia diambil kembali dari landasan, East Japan Railway bersama-sama Panasonic telah membangunkan sebuah projek – iaitu membangunkan penyedut khusus untuk mengambil fon telinga nirwayar ini.

Ia diperingkat ujian di salah satu stesen keretapi di Jepun, dimana ia diperkatakan membolehkan fon telinga nirwayar yang terjatuh dapat diambil dengan lebih pantas berbanding kebiasaan.



Syarikat Jepun Membangunkan Penyedut Khas Untuk Mengambil Fon Telinga Nirwayar Dari Landasan Keretapi – Amanz 2

Source link
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo