Artikel Terkini

Syed Saddiq tenang tidak terpilih sertai Kabinet, fokus suara rakyat

Syed Saddiq tenang tidak terpilih sertai Kabinet, fokus suara rakyat
Syed Saddiq tenang tidak terpilih sertai Kabinet, fokus suara rakyat 1

PETALING JAYA – Presiden Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA), Syed Saddiq Syed Abdul Rahman akan terus memberi fokus membawa suara rakyat di Parlimen meskipun tidak dilantik dalam barisan Kabinet Kerajaan Perpaduan.

Menurut Ahli Parlimen Muar itu, pelantikan Jemaah Menteri adalah kuasa prerogatif Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Sehubungan itu, beliau menghormati mandat berkenaan dan turut mengucapkan tahniah kepada semua Menteri serta Timbalan Menteri yang telah dilantik.

“Sejujurnya ada hikmah MUDA tidak dimasukkan dalam Kabinet. Ini memberi peluang dan ruang lebih besar membawa suara rakyat di Parlimen kerana tiada kuasa memisahkan antara MUDA dengan rakyat.

“Pada masa sama, saya dapat fokus membersihkan nama dalam mahkamah,” katanya menerusi video yang dimuat naik di TikTok hari ini.

Tambah Syed Saddiq, perjumpaan beliau bersama Anwar sebelum ini turut menegaskan agar kes mahkamah yang melibatkan dirinya itu tidak digugurkan kerana mahu menegakkan kebenaran.

“Malah, pada perjumpaan dengan Perdana Menteri, saya tekankan tidak mahu kes saya digugurkan kerana ingin keadilan ditegakkan dalam mahkamah,” ujarnya.

Dalam pada itu, Syed Saddiq berkata, masa untuk berpolitik sudah tamat dan mahu semua wakil rakyat memberi fokus berkhidmat kepada rakyat.

Dalam perkembangan lain, Syed Saddiq kini berdepan dengan kes mahkamah membabitkan pertuduhan bersubahat pecah amanah, salah guna harta dan pengubahan wang haram. – KOSMO! ONLINE


Syed Saddiq tenang tidak terpilih sertai Kabinet, fokus suara rakyat 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo