Infotainment

Tak Pakai Pelitup Muka, Lelaki ‘Biadap’ Dengan Warga Emas Dikompaun RM1,500

Tak Pakai Pelitup Muka, Lelaki ‘Biadap’ Dengan Warga Emas Dikompaun RM1,500
Tak Pakai Pelitup Muka, Lelaki 'Biadap' Dengan Warga Emas Dikompaun RM1,500 1

Kini Trending

Tak Pakai Pelitup Muka, Lelaki 'Biadap' Dengan Warga Emas Dikompaun RM1,500 2

Foto: Tangkap layar video

Hari ini, kecoh di media sosial di mana seorang lelaki didakwa berlaku biadap terhadap seorang warga emas. Menerusi video tersebut lelaki itu dipercayai seorang ahli perniagaan terkenal, dilihat sama sekali tidak memakai pelitup muka ketika menyampaikan ceramah kepada 20 orang gelandangan di Pusat Transit Gelandangan Kuala Lumpur.

Artikel Berkaitan: ‘Tak Perlu Kot Nak Merendahkan Orang Macam Tu, Sangat Tak Baik…’ – Sherry Ibrahim

Artikel Berkaitan: ‘Masa Muda Dulu Menyesal Tak?’ – Video Lelaki Biadap, Malukan Warga Emas Bikin Netizen Bengang

Terbaru, menerusi kenyataan media yang dikeluarkan oleh Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi Kuala Lumpur, menjelaskan lelaki itu sudah pun dikompaun sebanyak RM1,500 kerana tidak memakai pelitup muka.

Tak Pakai Pelitup Muka, Lelaki ‘Biadap’ Dengan Warga Emas Dikompaun RM1,500

Foto: Tangkap layar video

Ujar Ketua Polis Daerah Dang Wangi Asisten Komisioner Mohamad Zainal Abdullah pihaknya mengesan video berdurasi 49 saat yang tular di media sosial menunjukkan seorang lelaki yang tidak memakai pelitup muka.

Berdasarkan siasatan, kejadian berlaku 11.30 pagi semalam ketika individu itu menyampaikan ceramah motivasi bertajuk ‘ubah hidup’ kepada 20 gelandangan di pusat transit berkenaan.

Polis kemudian memanggil lelaki berusia 34 tahun itu untuk memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi pada 5.20 petang tadi.

Susulan daripada itu, lelaki berkenaan telah dikompaun sebanyak RM1,500 kerana gagal mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan oleh pihak kerajaan.

Tindakan diambil mengikut Peraturan 17(1) Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) 2021.

Pada masa yang sama, Zainal turut memberi nasihat kepada orang ramai untuk terus patuh terhadap SOP yang telah ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Tak Pakai Pelitup Muka, Lelaki 'Biadap' Dengan Warga Emas Dikompaun RM1,500 6

Tak Pakai Pelitup Muka, Lelaki 'Biadap' Dengan Warga Emas Dikompaun RM1,500 8

Sumber: Mohd Redzuan Abdul Manap


Tak Pakai Pelitup Muka, Lelaki 'Biadap' Dengan Warga Emas Dikompaun RM1,500 10

The following two tabs change content below.

Have courage and be kind.


Tak Pakai Pelitup Muka, Lelaki 'Biadap' Dengan Warga Emas Dikompaun RM1,500 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source

kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo