Artikel Terkini

Tak Pasti Nak Beli Atau Sewa Rumah? Boleh Ikut Panduan Ini

Tak Pasti Nak Beli Atau Sewa Rumah? Boleh Ikut Panduan Ini 1

Tak Pasti Nak Beli Atau Sewa Rumah? Boleh Ikut Panduan Ini 2

Membeli hartanah
boleh menjadi satu nikmat dan juga menjadi satu musibah kepada kewangan
seseorang.

Lebih-lebih lagi dengan situasi hari ini di mana 50% daripada rakyat Malaysia berpendapatan RM2,500 ke bawah.

Harga rumah yang terlalu mahal dan di luar kemampuan rakyat Malaysia hanya memburukkan lagi keadaan dan dilema kebanyakan rakyat Malaysia khususnya generasi milennial.

Baca : Ramai kata tak mampu beli rumah. Bukan tak mampu tapi “tak tahu

Bagi sesetengah
orang, median harga rumah di Kuala Lumpur RM786,800
dan median harga rumah di Selangor pada angka RM479,894 adalah luar dari kemampuan kewangan mereka.

Kaji selidik oleh
Propertyguru pada tahun 2017 menunjukkan 92%
rakyat Malaysia lebih suka menyewa berbanding rumah.

Ini menjadi punca 71% golongan milennial menjadikan sewa
rumah berbanding membeli rumah sebagai alternatif.

Baca : 5 Jenis Pembiayaan Dan Pinjaman Rumah Di Malaysia

Dengan pelbagai
skim rumah pertama yang dilancarkan pihak Kerajaan dengan usaha sama pemaju hartanah
swasta dan trend harga rumah yang menurun semenjak tahun 2019, adakah masih
berbaloi untuk terus menyewa?

Kita sedia maklum
bahawa memiliki rumah memerlukan modal yang besar dan komitmen jangka panjang.

Atau lebih baik kita beli sahaja rumah yang disewa selama ini?

Untuk memahami
kemelut ini, kita perlu melihat setiap aspek dalam pemilikan hartanah dan
menyewa hartanah dan membandingkan kelebihan dan kekurangannya.

1. Adakah kita bercadang untuk tinggal di satu lokasi melebihi tempoh lima tahun?

Tidak : Sekiranya kita tidak bercadang untuk menetap di rumah tersebut, solusi terbaik untuk kita adalah menyewa.

Ya : Memandangkan kita bercadang untuk menetap di lokasi / rumah tersebut dalam tempoh lima tahun atau lebih, adalah lebih baik untuk kita membeli rumah tersebut.

2. Sudahkah kita sediakan dana kecemasan?

Tidak : Sekiranya dana kecemasan belum mencukupi, solusi yang ada untuk kita hanyalah menyewa.

Sila kurangkan perbelanjaan dan berusaha menambah pendapatan untuk melengkapkan dana kecemasan.

Ya : Jika anda
telah mempunyai dana kecemasan, bagaimana pula dengan deposit rumah dan kos
guaman?

3. Adakah modal hartanah kita sudah mencukupi?

Tidak : Modal untuk hartanah adalah pada kadar 13% – 15% daripada harga rumah. Sekiranya kita belum mempunyai modal hartanah yang mencukupi, sila teruskan menyewa.

Ya : Sekiranya simpanan kita cukup untuk digunakan sebagai modal hartanah, adakah dengan membeli rumah menyebabkan simpanan akan habis?

4. Adakah membeli hartanah menyebabkan simpanan kita habis?

Tidak : Sungguhpun selepas membeli hartanah dan kita masih mempunyai baki simpanan, adakah kita mampu untuk membayar ansuran komitmen bulanan hartanah?

Ya : Membeli hartanah hanyalah permulaan kerana kita masih perlu membayar ansuran komitmen bulanan rumah tersebut. Jika kita menghadapi masalah ini, kita masih perlu menyewa dan mengukuhkan profil kewangan.

5. Adakah skor kredit CCRIS kita dalam keadaan baik?

Tidak : Sungguhpun kita mempunyai modal dan mampu membayar ansuran komitmen bulanan, bank sukar meluluskan permohonan pembiayaan pinjaman hartanah kita.

Sila cantikkan skor
kredit CCRIS anda untuk tempoh 6 bulan mendatang.

Ya : Skor kredit CCRIS yang baik meningkatkan potensi bank untuk meluluskan pinjaman hartanah kita.

Baca: eCCRIS – Laporan Kredit di Hujung Jari

6. Pernahkah kita tinggal di lokasi hartanah yang hendak dibeli?

Tidak : Kita memerlukan masa untuk menyesuaikan diri dengan persekitaran baru. Sekiranya kita tidak selesa tinggal di lokasi tersebut, kita berisiko untuk menjual hartanah tersebut di bawah harga pasaran.

Ya : Membeli hartanah bermaksud anda membeli persekitaran tersebut. Sekiranya kita pernah atau suka tinggal di kawasan tersebut, kita berkemungkinan besar sesuai untuk membeli hartanah tersebut.

7. Adakah kita sanggup menanggung sebarang risiko hartanah tersebut?

Tidak : Solusi untuk kita adalah terus menyewa sekiranya tidak sanggup menanggung risiko seperti penurunan harga pasaran, masalah sosial dan sebagainya.

Ya : Andai kata persekitaran rumah kita menghadapi masalah dan kita mampu menanganinya, kita layak membeli rumah tersebut.

Soalan-soalan di atas merupakan indikator kelayakan kita membeli hartanah atau terus menyewa.

Tidak perlu tergesa-gesa dalam pembelian hartanah dan tidak perlu malu untuk menyewa kerana dengan keadaan pasaran hartanah hari ini, menyewa adalah lebih ideal daripada membeli hartanah.

Baca : Rasa Susah Nak Menyimpan? Ikuti Tips Hebat Ini

Akan tetapi,
seiring usia dan pendapatan anda meningkat, begitu juga dengan trend harga
rumah di Malaysia.

Tanamkan azam untuk membeli hartanah kerana azam kita sebenarnya membantu pertumbuhan ekonomi Malaysia khususnya dalam industri hartanah!

Tak Pasti Nak Beli Atau Sewa Rumah? Boleh Ikut Panduan Ini 3
Tak Pasti Nak Beli Atau Sewa Rumah? Boleh Ikut Panduan Ini 4

Tak Pasti Nak Beli Atau Sewa Rumah? Boleh Ikut Panduan Ini 2

Source link