Infotainment

Tak Perlu Saman, Nubhan Harap Siti Nordiana & Rakan Artis Berdamai

Tak Perlu Saman, Nubhan Harap Siti Nordiana & Rakan Artis Berdamai
Tak Perlu Saman, Nubhan Harap Siti Nordiana & Rakan Artis Berdamai 1

Tampil memberikan pandangan mengenai kontroversi teman duetnya, Siti Nordiana dengan beberapa rakan artis, penyanyi Nubhan berkata dia tidak menyangka perbalahan antara mereka sampai ke tahap saman menyaman.

Nubhan berkata tiada keperluan untuk saman menyaman dan isu tersebut boleh diselesaikan secara baik. Ujarnya, bergaduh antara rakan itu perkara biasa.

BACA: Tiada Permohonan Maaf Diterima, Siti Nordiana Tetap Teruskan Saman

Tak Perlu Saman, Nubhan Harap Siti Nordiana & Rakan Artis Berdamai 2

“Kasihan rakan duet saya ni. Tak sangka isu kawan boleh membawa kepada tindakan saman menyaman. Gaduh sikit, lepas cakap itu biasa dalam berkawan.

“Saya pun pernah gaduh dengan deorang, pastu baik balik. Lepas tu gaduh kejap, tiba-tiba bercuti sama-sama. Macam itulah ulang-ulang sampai abang Jamil …,” katanya.

Mengulas mengenai isu tidak membayar makanan ketika mereka keluar, Nubhan berkata ianya hanya gurauan antara rakan-rakan dan bukan perkara serius.

“Saya kalau kluar ngan diaorg ni sentiasa akan gaduh bila makan…berebut masing-masing nak mengelak bayar. Bukan tak ada duit tapi dah pangai memasing macam tu. Layan je la. Gurau-gurau kan. Nothing serious,” tulisnya.

Dalam pada itu, Nurhan berkata dia tidak menyalahkan mana-mana pihak tetapi mahu melihat mereka dapat menyelesaikan segala permasalahan dengan baik serta bermaafan dan berdamai.

“Maaf bermaafan lah. Kita tak nak tahu pun siapa betul siapa salah. Bila jadi sesuatu perkara, sure masing-masing ada salah, kawan kannnn?

“Memang mulut longkang tu perkara biasa. Tu jugak yang kita kawan, tu juga yang dah bertahun-tahun pun. Bukan nak pertahankan sesiapa, cuma nak tengok korang berdamai,” tulisnya.


Tak Perlu Saman, Nubhan Harap Siti Nordiana & Rakan Artis Berdamai 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source

kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo