Infotainment

Tak Sanggup Tengok Tunang Sakit Kaki, Nabil Mahir Dipuji Bagi Kasut

Tak Sanggup Tengok Tunang Sakit Kaki, Nabil Mahir Dipuji Bagi Kasut 2

Tampil bersama tunangnya di atas pentas untuk menyampaikan anugerah di Anugerah MeleTOP ERA2020 pada Ahad lalu, perkongsian Ayda Jebat menjadi perhatian ramai apabila berkongsikan momen selepas acara tersebut.

Menerusi video itu, Nabil Mahir dilihat memberikan kasut yang dipakai kepadanya berikutan tidak sanggup melihat Ayda sakit kaki kerana memakai kasut tumit tinggi.

BACA: Ayda Jebat Hadiahkan Rumah Untuk Ibu Sebelum Kahwin

Dalam entri tersebut, Ayda turut meluahkan rasa terharu dan bangga kerana memiliki pasangan yang sanggup berkorban melakukan perkara sedemikian tanpa rasa malu.

“Terima kasih kerana membawa kegembiraan di hati saya, keindahan ke dunia saya dan cinta kepada hidup saya. Terima kasih kerana mencintai saya dengan sepenuh hati sayang.

“Posing macho, cuba swipe left. Hati selembut sutera. Lelaki kata, bukan takut bini tapi sayang bini. Terima kasih untuk semuanya Wuvv,” tulisnya.

Diruangan komen, rata-rata netizen memuji tindakan Nabil yang disifatkan seorang lelaki bertangungjawab dan melayan bakal isterinya seperti seorang permaisuri. Kata netizen lagi, jika bertemu dengan lelaki seperti ini wanita itu sememangnya sangat bertuah.

Nabil dan Ayda mengikat tali pertunangan secara dalam talian pada 28 April lalu ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Pasangan itu dijangka bakal melangsungkan perkahwinan pada 1 Januari depan.



Tak Sanggup Tengok Tunang Sakit Kaki, Nabil Mahir Dipuji Bagi Kasut 2
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source link
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo