Artikel Terkini

Tak sangka konsisten simpan 10% setiap bulan walaupun gaji tak besar, boleh jadi lebih RM1 juta!

Tak sangka konsisten simpan 10% setiap bulan walaupun gaji tak besar, boleh jadi lebih RM1 juta!
Tak sangka konsisten simpan 10% setiap bulan walaupun gaji tak besar, boleh jadi lebih RM1 juta! 1

Simpan duit sebenarnya lagi susah berbanding belanja duit.

Tok setuju dengan kenyataan Kevin O’Leary. Lebih-lebih untuk golongan bawah 35 tahun.

Golongan umur seperti ini lebih suka beli barang yang orang lain boleh nampak, dan beli barang yang menjadi idaman orang ramai.

Apabila kita simpan duit, kita tidak apa yang boleh ditunjuk. Mahu tunjuk disiplin? Mahu tunjuk pengorbanan? Ada sesiapa kisah?

Walaupun 10%…

Perkara paling susah adalah menyimpan 10% daripada jumlah pendapatan.

Kenapa susah?

Kerana kita rasa 10% ini boleh digunakan untuk membeli barang-barang yang kita idamkan. Bukan untuk disimpan.

Orang yang menyimpan 10% daripada pendapatan mungkin tidak dapat beli gajet idaman mereka hari ini. Jauh sekali daripada makan di restoran mewah atau pergi bercuti sakan.

Namun menyimpan mendekatkan kita dengan tiga perkara ini: Kuasa, keselamatan, kebebasan.

Logik ke boleh jadi RM1 juta walaupun gaji kecil?

Tok berkenan betul cara Tuan Azraei yang agresif dalam menyimpan. Lagi besar jumlah yang kita simpan awal-awal tu, lagi cepatlah nak capai matlamat tu.

Tapi riuh juga netizen Twitter dibuatnya. Boleh tahan ramai juga yang kecam sebab tak masuk akal dengan keadaan ekonomi sekarang ni.

Baiklah, mari Tok ajarkan bagaimana dengan mula simpan 10% je, akhirnya boleh jadi RM1 juta.

Korang pergi fncalculator.com , pilih Compound Interest Calculator kemudian klik Advanced Version.

Kita ambil contoh gaji permulaan RM2,500. Jadi simpan 10% setiap bulan bersamaan dengan RM250.

Andaikan korang naikkan simpanan RM50 setiap tahun selama 30 tahun (bersamaan 360 bulan. Yang ni korang kena pastikan pilih ‘Amount‘.

Maksudnya kat sini, kan pada tahun pertama simpan RM250 setiap bulan kan? Masuk tahun kedua pula naikkan RM50 jadi RM300 setiap bulan pula.

“Eleh, sembang lebat je. Tak logik langsung. Masa tu komitmen dah banyak, mana boleh simpan banyak tu!”

Percayalah. Tok dah lalui semua ni. Bila korang dah ada momentum nak menyimpan, korang lagi semangat nak naikkan lagi simpanan tu. Siap buat kerja sampingan lagi nak gemukkan simpanan tu.

Simpanan tu letaklah dalam instrumen yang beri pulangan 5% setiap tahun. Tak perlu tinggi-tinggi. Kalau lebih tu, kira bonus.

Kemudian, klik Complete.

Tada!!! Lepas tahun ke-40, simpanan korang tu dah jadi lebih RM1 juta.

Tak sangka konsisten simpan 10% setiap bulan walaupun gaji tak besar, boleh jadi lebih RM1 juta! 2
Tak sangka konsisten simpan 10% setiap bulan walaupun gaji tak besar, boleh jadi lebih RM1 juta! 8

Dalam korang tak sedar, sebenarnya pada bulan ke-241 korang dah simpan lebih separuh dari gaji asal RM2,500. Masa ni dah lebih 20 tahun, mestilah gaji pun dah naik kan?

Jadi, sepatutnya tak rasa berat pun menyimpan banyak tu.

Yang penting adalah pupuk tabiat menyimpan tu.

Tak sangka konsisten simpan 10% setiap bulan walaupun gaji tak besar, boleh jadi lebih RM1 juta! 3
Tak sangka konsisten simpan 10% setiap bulan walaupun gaji tak besar, boleh jadi lebih RM1 juta! 9

Belajar sesuatu?

Jangan ambil mudah langkah kecil. Walaupun 10% je kita simpan mula-mula, dengan pupuk tabiat menyimpan tu menjadikan kita tiada masalah nak simpan lagi banyak.

Tak nak terlepas info dan tips terkini berkaitan hartanah dan kewangan? Tok nak ajak korang join Channel Telegram rasmi Gilahartanah. Klik gambar untuk join.

Tak sangka konsisten simpan 10% setiap bulan walaupun gaji tak besar, boleh jadi lebih RM1 juta! 4


Tak sangka konsisten simpan 10% setiap bulan walaupun gaji tak besar, boleh jadi lebih RM1 juta! 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo

Back to list