Infotainment

Takut Anak ‘Curi-Curi’ Makan Gula-Gula, Mak Ayah Ikat Anak Selama 10 Jam Dalam Bilik

Takut Anak ‘Curi-Curi’ Makan Gula-Gula, Mak Ayah Ikat Anak Selama 10 Jam Dalam Bilik
Takut Anak ‘Curi-Curi’ Makan Gula-Gula, Mak Ayah Ikat Anak Selama 10 Jam Dalam Bilik 1

Takut Anak ‘Curi-Curi’ Makan Gula-Gula, Mak Ayah Ikat Anak Selama 10 Jam Dalam Bilik

Tak dinafikan, setiap ibu mempunyai cara tersendiri dalam mendidik dan mendisiplinkan anak-anak supaya menjadi insan yang berguna kelak. Tetapi berbeza pula dengan cara didikan pasangan suami isteri ini terhadap anaknya yang dilihat agak kejam dan tidak wajar sehingga membawa mereka ke muka pengadilan.

Ibu & bapa tiri ikat anak 12 tahun

Takut Anak ‘Curi-Curi’ Makan Gula-Gula, Mak Ayah Ikat Anak Selama 10 Jam Dalam Bilik 3

Memetik laporan Daily Star, pasangan suami isteri dari Amerika Syarikat ini telah dipenjara buat sementara waktu dan bakal dihadapkan ke mahkamah selepas pihak berkuasa menemui anak lelaki pasangan ini yang berusia 12 tahun diikat di lantai bilik di sebuah hotel. Menurut sumber, suspek wanita, Tabetha Sosnowicz berusia 38 tahun merupakan ibu kandung mangsa manakala suspek lelaki, Jason Sosnowicz Sr berusia 42 tahun merupakan bapa tiri mangsa.

Semasa soal siasat, kedua-dua suspek mengaku bahawa mereka sudah biasa mengikat mangsa kerana mahu mengelakkan kanak-kanak itu makan gula-gula semasa mereka tidur. Menurut sumber, pergelangan tangan mangsa diikat kebelakang pada buku lali dengan menggunakan tali kasut. 

Ketika ditemui, kedua-dua suspek bersama tiga anaknya yang lain termasuk mangsa berada di dalam bilik berkenaan tetapi dua kanak-kanak lain yang berusia enam dan 14 tahun itu tidak diikat. Lebih meruntun hati apabila mengetahui mangsa berada dalam keadaan begitu dalam tempoh hampir 10 jam.

Susulan daripada itu, kedua-dua suspek telah ditahan di Penjara Wood County dan bakal dijatuhi hukuman atas kesalahan penderaan kanak-kanak.

Sumber: Daily Star

Takut Anak ‘Curi-Curi’ Makan Gula-Gula, Mak Ayah Ikat Anak Selama 10 Jam Dalam Bilik 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo

Back to list