Artikel Terkini

Tambang bas, tren bawah tanah di Seoul naik 2023

Tambang bas, tren bawah tanah di Seoul naik 2023
Tambang bas, tren bawah tanah di Seoul naik 2023 1

SEOUL, Korea Selatan – Tambang tren bawah tanah dan bas awam di Seoul dijangka meningkat sebanyak 300 won (RM1.05) bermula seawal April tahun depan, lapor portal berita Korean Times semalam.

Peningkatan itu bertujuan menampung defisit bajet yang semakin meningkat selepas ia dibekukan selama hampir lapan tahun, kata pegawai pentadbiran bandar raya itu kelmarin.

Kenaikan yang dirancang itu akan menyebabkan tambang tren bawah tanah dan bas meningkat masing-masing daripada 1,250 won (RM4.37) dan 1,200 won (RM4.19) kepada 1,550 won (RM5.41) dan 1,500 won (RM5.24), kata pegawai itu.

Secara tunai, tambang tren bawah tanah dan bas akan dinaikkan kepada 1,650 won (RM5.76) dan 1,600 won (RM5.59) bagi setiap perjalanan asas.

Kenaikan tambang terakhir berlaku pada tahun 2015, apabila tambang asas tren bawah tanah dan bas di ibu kota itu dinaikkan, masing-masing sebanyak 200 won (RM0.70) serta 150 won (RM0.52).

Kenaikan tambang yang dicadangkan itu berlaku kerana kerajaan tempatan yang mengendalikan laluan tren bawah tanah dan bas awam gagal mendapatkan dana mencukupi untuk mengimbangi defisit yang semakin meningkat, kata pegawai sama.

Pada Sabtu lalu, Dewan Rakyat meluluskan belanjawan kerajaan untuk tahun 2023 tetapi tidak memperuntukkan belanjawan untuk pampasan kewajipan perkhidmatan awam (PSO) bagi mengimbangi defisit yang disebabkan oleh dasar penggunaan tren bawah tanah percuma untuk mereka yang berumur 65 tahun dan ke atas, golongan kurang bernasib baik dan orang kurang upaya.

“Kenaikan tambang tidak dapat dielakkan kerana pampasan PSO dikecualikan daripada bajet kerajaan tahun depan, memburukkan lagi masalah kewangan,” kata seorang pegawai kerajaan tempatan. – Agensi

 

 


Tambang bas, tren bawah tanah di Seoul naik 2023 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo