Berita

Tanah runtuh rosakkan rumah, kereta


Sungai Buloh: Hujan lebat sejak beberapa jam lalu menyebabkan tanah runtuh di belakang sebuah rumah di Kampung Merbau Sempak, di sini, malam tadi.

Kejadian jam 8.10 malam itu bagaimanapun tidak membabitkan sebarang kecederaan atau kematian.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Buloh, Muhammad Hazrin Zulkifli berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan jam 8.14 malam sebelum pasukan dari BBP Sungai Buloh dikejarkan ke lokasi.

Menurutnya, berlaku limpahan air hujan bersama lumpur dari kawasan pembinaan berhampiran.

“Kejadian itu menyebabkan kerosakan pada dua rumah dan dua kereta penduduk namun tiada sebarang kecederaan mahu pun kematian.

“Anggota bertugas juga membuat pemantauan pergerakan tanah di lokasi kejadian sebelum menyerahkan kepada Majlis Bandaraya Shah Alam untuk tindakan lanjut,” katanya.

Hujan lebat sejak petang tadi juga menyebabkan beberapa kawasan mengalami banjir kilat namun surut tidak lama selepas itu.



Source link
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo