Berita

Tanda setia Nomad | Harian Metro

Tanda setia Nomad | Harian Metro 2

KEMUNCULAN Nomad, 32, dalam program Gegar Vaganza 7 (GV7) membuahkan hasil apabila namanya kembali menjadi sebutan.

Justeru, Nomad yang sudah lima tahun menyepi dari bidang seni kini tampil dengan single terbaharu berjudul Tanda Setia.

Nomad atau nama sebenarnya Nur Mohd Alieff Ayub berkata, lagu yang sudah disimpan selama lima tahun itu adalah bukti dia akan kembali aktif dalam nyanyian.

“Tanda Setia adalah taruhan terbaharu saya buat peminat. Lagu berentak balada ini bukan sahaja mudah didengar, tapi juga menjadi penanda aras kebolehan saya dalam bidang penciptaan lagu pula.

“Pada dasarnya, lagu ini diinspirasi daripada sebuah drama Cina yang pernah saya tonton. Kisahnya amat menarik perhatian saya sehingga melekat dalam kepala dan mencetuskan ilham untuk melodi dan lirik lagu ini. Kisah yang dipaparkan betul-betul memberikan kesan kepada saya, bagaimana pasangan suami isteri yang sudah berusia terpaksa menghadapi hakikat kehilangan pasangan mereka,” katanya.

Menurutnya, intipati lagu ini berkisarkan mengenai sambutan hari lahir tanpa orang tersayang di sisi.

“Setiap kali hari lahir, si suami menyediakan kek untuk menyambut hari lahir sendiri tanpa kehadiran insan tersayang. Dia tetap akan sambut hari lahir sendirian dan berharap semuanya akan segera berakhir. Bayangkan dia akan berada dalam situasi ini selagi hayatnya ada,” katanya.

Nomad berkata, lagu ini bagaimanapun hanya dirakamkan tiga tahun lalu di Rumi Music Lab (RML) milik komposer Alfa Booty.

“Saya pilih untuk keluarkan lagu ini pada 12 Disember lalu yang boleh dinikmati menerusi platform digital. Ia disimpan agak lama kerana tindakan saya yang menyepi seketika daripada nyanyian. Lagu ini turut dihantar ke sebuah studio di Nashville, Amerika Syarikat untuk proses adunan akhir pada bulan lalu. Kos untuk proses ini ialah RM6,500. Saya harap lagu ini dapat mengubati kerinduan peminat dan saya sentiasa mengharapkan sokongan mereka terhadap saya,” katanya yang pernah muncul dengan lagu Tetap Menantimu.

Dia juga meletakkan harapan supaya lagu ini dijadikan runut bunyi seperti lagu Tetap Menantimu yang dipilih menjadi runut bunyi drama popular Love You Mr Arrogant.

Muzik video Tanda Setia kini boleh ditonton menerusi saluran YouTube Indigital Music.

Tanda setia Nomad | Harian Metro 2
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source link
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo