Infotainment

Tapak tambak jadi kawasan pelupusan

Tapak tambak jadi kawasan pelupusan
Tapak tambak jadi kawasan pelupusan 1

KUALA SELANGOR: Ibarat ‘jung pecah, yu yang kekenyangan’ demikian tindakan pemilik tanah dekat beberapa kawasan Kampung Sri Sentosa, Ijok berhampiran tebing Sungai Buloh menjadikan tempat mereka sebagai tapak pelupusan sampah haram.

Mereka didakwa mengaut dengan cara demikian apabila tapak asal tanah mereka yang berada pada kedudukan rendah dan terdedah dengan ancaman banjir, ditambak untuk ditinggikan.

Lebih menjijikkan, apabila tinjauan sejak tiga bulan lalu mendapati timbunan sampah sedemikian semakin ‘menggunung’ sepanjang hampir dua kilometer dari persimpangan Jalan Bukit Cerakah dengan keluasannya yang boleh memuatkan hampir 24 buah padang bola sepak.

Tapak tambak jadi kawasan pelupusan 2

Keadaan demikian seme­mang­­nya mencacatkan peman­dangan dari kawasan sekitarnya terutama di sepanjang Jalan Batu Arang atau Laluan 54 yang menghubungkan Sungai Buloh dengan Kuala Selangor.

Bagaimanapun, tindakan mereka mahu menambak turut menjadikan tapak tersebut sebagai tempat pengumpulan ta­nah terpakai yang mengandungi sisa binaan, tidak cukup dengan itu pemiliknya turut membenarkan pelbagai jenis sampah turut dibuang di situ.

Tinjauan Utusan Malaysia di tapak berkenaan mendapati selain sisa binaan terdapat pelbagai sampah pukal dan industri dibuang di kawasan tersebut seperti perabot, tong-tong besar, botol-botol plastik, besi-besi berkarat.

Bahkan, pelupusan sampah sedemikian bukan sahaja menjejaskan penduduk setempat kerana mencetuskan bau busuk, malah dalam radius 500 meter terdapat kira-kira 3,000 buah rumah meliputi Kampung Sri Sentosa,

Bandar Seri Coalfields, Alam Perdana dan Daunan Worldwide.

Justeru, bau tersebut juga dikhuatiri menimbulkan rasa kurang senang dalam kalangan penduduk di perumahan yang baru siap dibina seperti Alam Perdana dan Daunan Worldwide apabila kawasan terbabit hanya dipisahkan dengan sebatang sungai.

Selain itu, lori pembawa tong roll-on roll-off (roro) yang keluar masuk dari kawasan berkenaan turut menyebabkan jalan menghubungkan Sungai Buloh de­ngan Kuala Selangor itu dipenuhi debu serta timbunan sisa tanah dan sampah, dikhuatiri membahayakan pengguna jalan raya terutama penunggang motosikal. –UTUSAN


Tapak tambak jadi kawasan pelupusan 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo