Berita

Taufan Vamco ragut 14 nyawa

Taufan Vamco ragut 14 nyawa 1

Taufan Vamco ragut 14 nyawa 2

Manila: Angka korban akibat Taufan Vamco yang melanda pulau terbesar Filipina, Luzon, meningkat kepada 14 orang.

Majlis Pengurangan Risiko dan Pengurusan Bencana Kebangsaan berkata, lapan individu cedera dan 14 lagi masih hilang.

Taufan itu menyebabkan banjir besar di kawasan perkampungan dan memaksa ribuan penduduk berpindah.

Ada penduduk di kawasan rendah di Manila dan sekitarnya, terperangkap dan terpaksa berlindung di tingkat atas dan bumbung kediaman mereka.

Ratusan ribu penduduk juga terpaksa hidup dalam keadaan ‘bergelap’ apabila bekalan elektrik terputus pada Rabu dan Khamis.

Selain itu, bencana itu menyebabkan pokok tumbang dan jalan utama terputus hubungan.

Kerosakan hanya jelas dilihat apabila banjir mulai surut dan ketika penduduk mula membersihkan lumpur di kediaman mereka.

Kerusi dan basikal dilihat merata-rata di Marikina City

yang menjadi kawasan di ibu negara yang paling terjejas,

Ini adalah taufan ketiga yang membadai negara itu dalam tempoh beberapa minggu.

Taufan Vamco ragut 14 nyawa 2

Source link
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo