Artikel Terkini

Telan, sorok dadah dalam seluar dalam

Telan, sorok dadah dalam seluar dalam
Telan, sorok dadah dalam seluar dalam 1

JOHOR BAHRU – Seorang penjawat awam diberkas di sekitar Johor Bahru di sini selepas disyaki menjadi dalang sindiket pengedaran dadah di dalam penjara disyaki sejak dua bulan lalu.

Rahsia itu terbongkar selepas siasatan dijalankan ke atas beberapa orang kena tuduh (OKT) sejurus polis menemui beberapa balutan dadah yang disembunyikan dalam seluar dalam suspek ketika di Kompleks Mahkamah Johor Bahru, 15 Disember lalu.

Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata, dalam kejadian kira-kira 10.30 pagi itu, anggota polis cawangan mahkamah membuat pemeriksaan ke atas OKT reman Penjara Koreksional Ulu Choh, Iskandar Puteri dekat sini yang selesai menjalani perbicaraan di mahkamah.

Ujarnya, hasil pemeriksaan, polis menemui sembilan biji balutan mampat dalam bentuk ‘barrel’ berisi dadah disembunyikan dalam seluar dalam OKT.

“Selain itu, terdapat juga OKT yang menelan sejumlah dadah itu sebelum pembedahan dibuat pihak hospital berjaya mengeluarkan enam lagi biji balutan mampat berbentuk ‘barrel’ berisi dadah itu.

“Susulan penemuan itu, Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor membuat lima serbuan berasingan di sekitar daerah ini dan berjaya menahan tujuh suspek termasuk penjawat awam terbabit dan tiga wanita.

“Modus operandi digunakan sindiket penyeludupan dadah itu adalah dengan menelan dadah yang dibungkus dalam bentuk ‘barrel’ untuk dibawa masuk ke dalam penjara selepas selesai prosiding di mahkamah untuk diedarkan,”katanya.

Telan, sorok dadah dalam seluar dalam 2

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar di Pusat Media, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor di sini hari ini.

Kamarul Zaman berkata, sindiket seterusnya akan menyeludup dadah dengan menggunakan OKT yang dibawa ke mahkamah yang mengambil peluang untuk bawa balik dadah ke penjara.

Katanya, penjawat awam terlibat itu disyaki menjadi petualang atau dalang utama.

“Kita percaya dadah ini diberikan kepada OKT ketika transit, sama ada ketika dalam kenderaan yang membawa merkea ke lokap mahkamah atau ketika dibawa keluar ke van ke lori.

“Apabila kita kesan ahli sindiket ini, siasatan lanjut dijalankan dan kita dapati dua bulan lalu terdapat tangkapan seumpama ini dan mungkin ada kaitan dengan sindiket ini,”katanya.

Menurut Kamarul Zaman, hasil ujian saringan awal air kencing ke atas semua suspek yang berusia antara 25 hingga 37 tahun itu, dua daripadanya didapati positif methamphetamine.

Katanya, hasil semakan pula, tiga suspek mempunyai rekod lampau berkaitan dadah.

“Dalam semua serbuan, polis merampas 44.74 gram ganja dan 28.84 gram syabu yang semuanya bernilai RM5,121 serta merampas wang tunai RM3,800.

“Semua suspek kini direman enam hari sehingga hari ini dan akan disambung reman untuk siasatan mengikut Seksyen 39A(1) Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya.-KOSMO! ONLINE


Telan, sorok dadah dalam seluar dalam 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo