Infotainment

“Tengok GV Sebab Artis Lama, Tapi Terpaksa Tengok Hos Asyik Kutuk Orang”

"Tengok GV Sebab Artis Lama, Tapi Terpaksa Tengok Hos Asyik Kutuk Orang" 1

"Tengok GV Sebab Artis Lama, Tapi Terpaksa Tengok Hos Asyik Kutuk Orang" 2

Sejak semalam hangat diperkatakan mengenai Pengacara Gegar Vaganza musim ketujuh (GV7) iaitu Nabil Ahmad yang menjadi kecaman ramai gara-gara didakwa memerli Azwan Ali yang kini kembali dalam dunia pengacaraan.

Ramai yang mengkritik Nabil tidak membuat kerja dengan baik. Namun, menerusi entri di Instagram, Nabil memuat naik komen netizen mengatakan jika dia tidak membuat kerja pasti tidak mengacarakan program itu sehingga musim 7.

BACA: Nabil Ahmad Sindir Azwan Ali Kembali Mengacara?

"Tengok GV Sebab Artis Lama, Tapi Terpaksa Tengok Hos Asyik Kutuk Orang" 3

Menerusi entri tersebut, Nabil mengatakan sokongan dan kecaman daripada netizen telah membuatkan program Gegar Vaganza yang dikendalikan olehnya bersama Jihan Muse, berjaya sehingga kini. Ujarnya, Azwan Ali atau lebih dikenali sebagai Diva AA akan muncul di program MeleTOP malam ini.

Bagaimanapun, perkongsian Nabil itu mengundang kecaman netizen yang mengatakan pengacara itu seolah cuba menegakkan benang yang basah. Kata netizen, selepas ini boleh menukar pengacara lain yang lebih profesional.

Netizen berkata mereka menonton Gegar Vaganza kerana mahu melihat penyanyi lama yang membuat kemunculan kembali dan terpaksa melihat pengacara yang asyik memburukkan dan mengutuk orang sahaja.

"Tengok GV Sebab Artis Lama, Tapi Terpaksa Tengok Hos Asyik Kutuk Orang" 4

Terdahulu, tindakan Nabil mengeluarkan ayat berkaitan ‘selfie stick’ yang sememangnya sinonim dengan Azwan Ali disifatkan biadap dan kurang ajar oleh netizen. Ayat Nabil berbunyi, “Not my level, shut up! Orang selalu pegang ‘selfie stick’ tiba-tiba pegang mikrofon, jadi macam itulah,” katanya.



"Tengok GV Sebab Artis Lama, Tapi Terpaksa Tengok Hos Asyik Kutuk Orang" 2

Source link
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo