Berita

Terengganu kagum kejayaan KTT | Harian Metro

Terengganu kagum kejayaan KTT | Harian Metro 2

Kuala Terengganu: Kejayaan atlet Kelab Taekwondo Teguh (KTT) merangkul 70 pingat emas dalam 13 kejohanan secara dalam talian di peringkat dunia sepanjang 2020 mendapat pengiktirafan daripada kerajaan negeri.

Malah, kerajaan negeri turut berbangga dengan pencapaian diraih atlet KTT yang disifatkan kejayaan luar biasa ketika dunia termasuk Malaysia berdepan wabak pandemik Covid-19.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan NGO negeri, Wan Sukairi Wan Abdullah berkata, pencapaian atlet KTT itu membuktikan anak Terengganu dan Malaysia juga mampu bersaing di pentas dunia jika strategi yang diatur menjadi.

“Ini pencapaian luar biasa kerana Kelab Taekwondo Teguh ini bukan sahaja mewakili kelab tapi juga mewakili negeri Terengganu dan negara dalam pertandingan yang turut disertai ratusan peserta dari luar negara.

“Saya berharap kejayaan ini dapat memberi sumber inspirasi kepada atlet khususnya dalam sukan taekwondo bagi meneruskan kecemerlangan yang lebih gemilang pada kejohanan akan datang,” katanya ketika ditemui selepas majlis penyampaian sijil dan medal kepada atlet KTT di Pulau Kambing, dekat sini malam tadi.

Sementara itu, ketua jurulatih KTT, Mohamad Salihin Siew Hin Abdullah berkata, penganugerahan sijil dan medal kepada atlet sebagai tanda penghargaan dan pengiktirafan kepada mereka yang berjaya di peringkat antarabangsa.

Terengganu kagum kejayaan KTT | Harian Metro 2
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source link
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo