Infotainment

Terkenal Dengan Hidangan Authentic Texas Style BBQ, Ini 5 Menu Yang Kami Cuba Di Meat Cartel

Terkenal Dengan Hidangan Authentic Texas Style BBQ, Ini 5 Menu Yang Kami Cuba Di Meat Cartel
Terkenal Dengan Hidangan Authentic Texas Style BBQ, Ini 5 Menu Yang Kami Cuba Di Meat Cartel 1

Follow Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini

Meat Cartel antara restoran yang menjadi pilihan ramai untuk menikmati daging berkualiti tinggi tapi dengan harga mampu milik dan juga dibakar menggunakan style smoked barbeque.

Artikel Berkaitan:

Oleh itu, kami dari The Vocket telah ke Meat Cartel cawangan Wangsa Maju untuk mencuba sendiri keenakan makanan yang ditawarkan di sini. Lokasinya agak berdekatan dengan pengangkutan awam dan pasti memudahkan anda untuk ke sini tanpa perlu memandu bersesak di atas jalan raya.

@mimieyuzi

Sedap wagyu ❤️ try lah! #fyp #foryourpage #meatcartel #xyzbca #viral #jalanjalancarimakan #makananviral #makananlokal #love #finedining #christmas

♬ たぶん – YOASOBI

Kami telah mencuba promosi sempena Hari Krismas yang berkonsepkan ‘fine dining’ dimana anda akan dapat ‘full course meal’ dari pembuka selera, sup, hidangan utama dan juga pencuci mulut. Mari kami kongsikan pendapat kami tentang menu yang kami cuba di Meat Cartel.

1. Salad mesclun dengan vinaigrette balsamic dan terrine cendawan

Terkenal Dengan Hidangan Authentic Texas Style BBQ, Ini 5 Menu Yang Kami Cuba Di Meat Cartel 3

Bagi pembuka selera, kami dihidangkan dengan salad mesclun dengan vinaigrette balsamic dan terrine cendawan. Hidangan ini tidak meletakkan banyak ‘dressing’ dan kombinasi antara sayur dengan cendawan menjadi sesuatu yang istimewa kerana rasa cendawan tidak membuatkan salad ini ‘bland’ serta salad digunakan juga segar.

2. Sup labu dengan roti rouille

Terkenal Dengan Hidangan Authentic Texas Style BBQ, Ini 5 Menu Yang Kami Cuba Di Meat Cartel 4

Saya agak kagum dengan rasa sup labu ini kerana ia tidaklah terlalu pekat dan ‘just nice’ sahaja, serta anda tidak akan rasa muak apabila menikmati sup labu ini serta dimakan dengan roti rouille, memang membangkitkan selera.

3. Tulang rusuk kambing panggang dengan sos BBQ nenas

Terkenal Dengan Hidangan Authentic Texas Style BBQ, Ini 5 Menu Yang Kami Cuba Di Meat Cartel 5

Istimewanya tulang rusuk kambing panggang ini sebenarnya terletak pada sosnya. Daging kambing tersebut diperap dan dipanggang sempurna lalu dicicah bersama sos BBQ nenas memang memberikan satu kelainan. Sos BBQ nenas ini tidaklah rasa masam semata-mata tetapi cukup dengan rasa manisnya membuatkan ia sempurna.

4. Daging wagyu MB6 dengan sos lada hitam

Terkenal Dengan Hidangan Authentic Texas Style BBQ, Ini 5 Menu Yang Kami Cuba Di Meat Cartel 6

Peminat daging wagyu pasti akan terliur kerana dagingnya dipanggang ‘medium rare’ dan sangat ‘juicy’. Walaupun dimakan tanpa sos lada hitam pun sudah sedap dan dagingnya lembut dalam mulut serta aroma asap pada daging membangkitkan lagi selera.

5. Crème brulee

Terkenal Dengan Hidangan Authentic Texas Style BBQ, Ini 5 Menu Yang Kami Cuba Di Meat Cartel 7

Pencuci mulut, crème brulee menjadi kesukaan salah satu watak di dalam siri drama Netflix, Emily in Paris. Secara jujur, crème brulee yang dihidangkan tidak terlalu manis dan rasanya ‘just nice’ untuk penggemar pencuci mulut.

Untuk pengetahuan anda, promosi istimewa sempena Hari Krismas ini telah mula dijual hari ini dan akan berakhir pada 31 Disember 2022. Harga untuk seorang adalah RM85, manakala untuk berpasangan berharga RM165.

Anda boleh membuat tempahan terlebih dahulu atau walk in ke cawangan Meat Cartel. Harga yang dibayar sangat berbaloi kerana anda dapat ‘full course’ dan pastinya sedap.


Terkenal Dengan Hidangan Authentic Texas Style BBQ, Ini 5 Menu Yang Kami Cuba Di Meat Cartel 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo