Berita

Terperangkap banjir, 5 jam tahan sejuk

Terperangkap banjir, 5 jam tahan sejuk 2

Chukai: Seorang warga emas terpaksa menahan kesejukan selepas terperangkap banjir lebih lima jam di ladang sawitnya sebelum diselamatkan anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) di Felda Neram 2, Cheneh dekat sini, malam tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Cheneh Mohamad Hanif Che Khalid berkata, peneroka terbabit berusia lingkungan 70-an itu diselamatkan pada 7.50 malam.

Menurutnya, lelaki terbabit terperangkap selepas kawasan ladang berkenaan dinaiki air sedalam satu meter.

“Ketika ditemui, mangsa berada di kawasan tinggi di dalam ladang berkenaan dalam keadaan kesejukan,” katanya ketika dihubungi.

Sebelum kejadian, mangsa bersama isteri berusia lingkungan 60-an dikatakan ke ladang sawit mereka untuk melakukan kerja ladang.

Mangsa mendakwa keadaan ladang seperti biasa walaupun keadaan hujan.

Bagaimanapun, ketika isteri mangsa datang semula ke ladang berkenaan selepas pulang ke rumah mengambil makanan tengah hari untuk suaminya terkejut apabila mendapati kawasan ladang berkenaan sudah dinaiki air dan arus laju.

Berikutan itu, wanita terbabit pulang semula ke rumah sebelum ke BBP Cheneh untuk mendapatkan bantuan pada 5.30 petang.

Mohd Hanif berkata, susulan itu pihaknya membuat pemeriksaan di kawasan ladang berkenaan sebelum memulakan operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa bermula 7.30 malam.

“Operasi SAR dilakukan menggunakan sebuah lori dan bot gentian kaca untuk masuk ke kawasan ladang berkenaan sejauh kira-kira 300 meter sebelum menemui mangsa dengan selamat,” katanya.

Beliau berkata, mangsa kemudiannya dibawa keluar sebelum dihantar ke rumahnya di kawasan berkenaan.

Terperangkap banjir, 5 jam tahan sejuk 2
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source link
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo